PERDANA MENTERI BERSUARA ISU OKU DI SEPAK DAN DIHERET! KITA HARAP WALAUN...



Perdana Menteri Anwar Ibrahim berharap kejadian lelaki orang kurang upaya (OKU) Ahmad Nor Al Faizan Jusoh dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai dekat Kemaman, Jumaat lalu tidak berulang. Setiausaha Politik Perdana Menteri, Azman Abidin, berkata Anwar juga berharap rakyat mengambil pengajaran daripada kejadian tidak sepatutnya berlaku itu. “Apa yang dikhuatiri oleh Yang Berhormat perdana menteri apabila berlaku kejadian itu adalah ia (seolah-olah) mencerminkan masyarakat kita. Pertamanya, kita hanya melihat orang kena pukul, kemudian yang lebih menyedihkan apabila seorang OKU itu dipukul di khalayak. Jadi kita tak nak itu mencerminkan masyarakat kita. “Tak sepatutnya berlaku perkara itu. Orang Melayu ini orang yang sabar jadi apabila jadi macam itu ia menunjukkan bahawa ada masalah kepada masyarakat kita,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat mangsa di Wad Psikiatri Hospital Sultanah Nur Zahirah. Beliau berkata, kejadian itu berlaku apabila terdapat segelintir individu yang tidak mempunyai kesabaran dan mengambil tindakan sendiri. Azman meluangkan masa kira-kira 30 minit melawat Nor Al Faizan dan berkata keadaan lelaki OKU mental itu kini stabil meskipun mengalami luka-luka dan dijangka dibenarkan keluar wad dalam tempoh sehari atau dua hari lagi. Sebelum ini, tular di laman sosial video berdurasi 1 minit 52 saat memaparkan seorang lelaki dipukul dan diheret beberapa individu di Pasar Tani Padang Astaka Chukai. Menurut polis, siasatan awal mendapati kejadian berpunca apabila mangsa berumur 47 tahun menunggang motosikal dan memasuki tapak jualan pasar tani lalu terlanggar sebuah gerai menyebabkan makanan jualan di gerai tersebut terjatuh. Setakat ini seramai enam lelaki berusia antara 18 hingga 60 tahun ditahan bagi membantu siasatan.



No comments: