MSO
Parti Keadilan dan Bersatu waima Umno juga telah menukar pegawai eksekutif mereka, Setiausaha Agung. Paling baru Keadilan menukar Saifuddin Nasution Ismail kepada Dr Fuziah Salleh.
Manakala Bersatu daripada Hamzah Zainuddin kepada Azmin Ali. Sebelum itu UMNO melantik Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Setiausaha Agung menggantikan Annuar Musa. Nampaknya semua Setiausaha Agung bertitle Dr.
Jawatan Setiausaha Agung merupa nadi dalam sesebuah parti. Dia person rapat dengan Presiden. Banyak hal hal penting parti berkaitan dengan presiden disuarakan oleh Setiausaha Agung. Setiausaha Agung bukan sahaja setakat menanda tangani perutusan atau pekeliling parti, tetapi lebih dari itu.
Adakalanya Setiausaha Agung yang tamak dan tidak tahu diri, akan bertindak melebihi presiden. Dia bertindak melulu dan intefere presiden. Apa yang berlaku kepada Annuar Musa semasa diberikan percayaan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi jadi SetiuasahnAgung dia kerap bertindak lebih sudu daripada kueh, akhirnya dinyahkan.
Tengahari tadi seorang individu Pas menghubungi saya, rakan lama. Walaupun saya tikdak mesra Pas kini, tetapi hubungan baik dengan rakan rakan lama dalam Pas masih berterusan. Mereka masih ingat dan hormati saya.
Dia bercakap soal kelembaman partinya, tercerita perihal tindakan Setiausaha Agung parti itu kini yang tidak disenangi ramai. Adakala Setiausah Agung memberi nasihat dan pandangan salah kepada presiden tanpa menerima pandangan jawatamkuasa tertinggi parti. Dalam erti kata lain dia banyak mempengaruhi presiden dalam membuat sesuatu keputusan. Hal itu mencelarikan Pas. Salah satu tengang keputusan memutuskan hubungan dengan Umno untuk berbaik dengan Brrsatu. Katanya keoutusan itu dibuat oleh presiden secara adhoc atas nasihat seseorang.
Sehubungan itu saya beri cadangan kepadanya agar tukar sahaja Setiausaha Agung. Jawatan itu bukan mutlak dan kekal abadi. Jika seseorang Setiausaha Agung tidak kompeten, tukar sahaja, apa lagi kalau ka boleh meretakkan hubungan dalam parti.
Sebelum ini pun Pas dah beberapa kali menukar setiausaha agung. Nasharuddin Mat Isa, Mustafa Ali, Jaafar Kamaruddin pernah jadi Setiausaha Agung, bila dia bertindak tidak sehaluan parti mereka ditamatkan.
Jadi apa pelik dan anehnya kalau Pas tukar Setiausaha Agung kini Takiyuddin Hassan dengan yang baru. Kalau pakai barang lama, lama lama tak sedap juga. Aus.
Kawan itu tanya saya, siapa yang layak untuk pegang jawataan itu. Maaf saya tidak berapa kenal muka muka baru dalam Pas. Tetapi bila memikirkan untuk parti itu, saya teringat kepada Dr Zuhdi Marzuki.
Jika tidak silap saya dia strategis Pas. Selepas ketiadaan Dr Dzulkifly Ahmad dalam Pas beliaulah menjadi Pengarah Strategi Pas merangkap matermind Pas. Individu ini bagi saya layak untuk menjadi Setiausaha Agung baru Pas. Title yang ada padanya DR, menjadikan dia setanding dengan Setiausaha Agung Keadilan dan Umno yang keduanya bertitle Dr. Trims.
No comments:
Post a Comment