BUKAN ADMIN KOT...KATANYA PRESIDEN MCA....DI TERJEMAHKAN OLEH ADRIAN LIM CHEE ANN


 


https://wrlr.blogspot.com/2025/01/kamu-perli-pmx-dan-kamu-hina-usaha.html


MCA mohon maaf, ‘admin’ tak sengaja buat hantaran provokasi berkait Islam

MCA tampil membuat permohonan maaf kepada semua umat Islam selepas didakwa membuat hantaran provokasi berkait tentang Islam kerana tidak berpuas hati dengan diskaun tol sempena Tahun Baru Cina.

Dalam satu penjelasan di Facebook sebentar tadi, MCA Johor memaklumkan hantaran itu dibuat secara tidak sengaja oleh pentadbir halaman, dan ianya tidak dimaklumkan kepada pemimpin utama mereka terlebih dahulu.

Ujarnya, pentadbir itu yang telah lama bersara dari pejabat MCA Johor telah mengakui tersilap berkongsi status daripada pihak lain yang bukan ditulis oleh MCA Johor atau mana-mana pemimpin MCA.


“Pentadbir tersebut juga telah pun dikeluarkan daripada memiliki akses Facebook MCA Johor dan kini ia dikendalikan oleh pentadbir baharu sahaja.

“Status page yang menimbulkan kontrovesi itu juga telah pun diturunkan serta-merta setelah aduan-aduan diterima semalam,” katanya.

Pada masa sama MCA Johor berkata, pihaknya tidak pernah terlintas dan tiada niat untuk mengguris hati, jauh sekali menghina atau memperlekehkan agama Islam atau mana-mana agama di negara ini.


“Sekali lagi, MCA Johor memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia di atas apa yang berlaku. MCA Johor akan lebih berhati-hati dan memastikan kejadian sama tidak berulang lagi,” katanya.

Terdahulu dalam satu hantaran tular, pentadbir halaman MCA Johor didakwa memuat naik hantaran yang menyatakan kerajaan sudah menyediakan dana untuk membantu rakyat Palestin, selain peruntukan untuk pembangunan Islam, namun untuk tol percuma Tahun Baru Cina, tidak diberikan.

Perbandingan itu didakwa sengaja menimbulkan sangkaan jahat dan membina persepsi salah terhadap bantuan yang diterima umat Islam




No comments: