PAS JAGA KEBAJIKAN RAKYAT. BETUL KAH.?


Zuwairi Md Yusof


PAS Jaga Kebajikan Rakyat,Bukan Melayu Jangan Bimbang – Pesuruhjaya PAS  https://x.com/MalaysiaGazette/status/1842449312686789036




Dengar boleh percaya jangan sesekali saudara dan saudari semua.Pasar Siti Khadijah itu pun mereka tak buat apa sekian lama inikan pula nak buat yang lain2 bantu kamu semua.Pakcik PAS aktivis di Permatang Pauh yang anaknya nak pergi belajar itu pun mereka maki kaw kaw sebab dia terpaksa pi minta ihsan YB DAP.Jaga kebajikan rakyatla sangat.Cakap tak serupa bikin.Gaji Guru2 TADIKA PASTI PAS pun tak ikut gaji minimum jaga apa?Rumah sendiri pun gagal jaga.




Tolak ramai2 PN PRU16,Buang jauh PAS Campak keluar BERSATU dari mana2 Parlimen dan Dun kerana mereka penuh Kaki Fitnah,Adu Domba dan Menghasut yang boleh mengheret anda semua terjebak dalam Qazaf tak layak jadi Wali kepada anak2 anda sendiri.Bayangkan Timbalan MB Kelantan PAS mahu agensi2 negeri dia beli aset2 GISBH,Takiyuddin,TITM pun backup GISBH,apa lagi boleh kamu harap dari mereka PAS?



Penang,Selangor bawah Pakatan Harapan sudah macam2 di buat sejak PH menang pada 2008 dahulu.Dalam tempoh 16 tahun pelbagai nikmat di terima semua,perubahan2 lain juga di buat berbanding 40 puluh tahun bawah PAS di Kelantan,banyak tahun di Terengganu dan berapa tahun pula di Kedah dan Perlis melainkan kegagalan demi kegagalan dan alasan2 di berikan PAS.Masjid dan Surau pun banyak naik taraf di Penang jauh lebih banyak dan dasyat dari di negeri2 bawah PAS.Di negeri2 PAS Masjid dan Surau dasyat jadi tempat sebar dakyah PAS saja.


Terminal Bas utama Kedah dan Kelantan antara yang kotor dan menyedihkan lagi mahu sembang jaga kebajikan.Terminal Shahab Perdana itu seram ya tempat tu kalau sampai dalam Subuh,banyak gila homeless.Di Kelantan pula aku pernah nampak Lembu main kejar2 dengan Anjing di kawasan parking apa bendala.Belum tengok pasar2 awam di negeri2 kamu pegang sekian lama dan Surau serta Masjid.Setakat ambil kroni proksi bantu AKSB hantar air paip bersih ke rumah2,premis2 di Kelantan itu bukti PAS gagal bukan layak di banggakan.Bola sepak Kedah sudah swastakan jual kepada orang pun boleh tak mampu bayar gaji 7 bulan memalukan saja sebab Baddrol Bakhtiar dan Radhi Mat Din pun dah jadi EXCO KEDAH PAS sejak menang PRU15 lalu.Mana ada negeri lain bekas pemain jadi ADUN dan EXCO gaji pun bermasalah.