KEDAI MAMAK DISARAN TIDAK MENJUAL ROKOK.

 

Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) mengesyorkan semua premis makanan naungannya agar tidak lagi menjual rokok di premis mereka.



Presidennya, Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, setakat ini lebih 40 peratus daripada 12,000 premis di bawah persatuan itu tidak lagi menjual rokok.


“Saya rasa ini satu hala tuju yang baik dalam industri makanan ini. Perumpamaan dia macam ini, kalau kata arak haram, kalau zaman dulu ada kedai masih jual tapi sekarang ini dah tiada dah," katanya.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews