5 PENYESALAN DI AKHIR HAYAT

 

Zainuddin Omar


5 PENYESALAN DI AKHIR HAYAT


Bronnie Ware adalah seorang palliative nurse (jururawat yang merawat mereka yang terminally ill) di Australia. 


Beliau merekodkan perbualan bersama mereka yang hampir di penghujung nyawa (kebiasaan 12 minggu) dan bertanya tentang penyesalan mereka semasa hidup. 


Bronnie Ware kemudian merumuskan lima perkara yang selalu dikesalkan di deathbed mereka dan menulisnya dalam sebuah buku bertajuk 'The Top Five Regrets of the Dying'. 


Anda boleh pesan buku ini di shopee harga RM45. 


"When questioned about any regrets they had or anything they would do differently," she says, "common themes surfaced again and again."


"Apabila ditanya apa penyesalan semasa hidup mereka, perkara yang sama timbul" kata Bronnie Ware. 


Apakah 5 penyesalan yang kerap diutarakan oleh mereka di akhir hayat? 


1. I wish I'd had the courage to live a life true to myself, not the life others expected of me.


Kalaulah saya boleh hidup ikut acuan saya bukan acuan orang lain. 


Kadangkala kita perlu membuat perubahan drastik untuk kebaikan diri sendiri walaupun orang sekeliling memandang ianya pelik, janggal, canggung dan luar biasa. 


Orang boleh panggil anda liberal, konservatif, radikal, reformis, leftist atau apa-apa gelaran pun. 


Ianya tidak akan terkesan atau efek pada diri kerana anda yang menentukan siapa diri anda dan bukan orang lain asalkan anda di atas landasan yang lurus. 


Apa yang penting ‘you live your life according to your mould’ dan bukan mould orang lain. 


We were raised to think that the more of these moulds we fit into, the better things will be.


The problem is if we stray and does not fit into a mould, society will make us feel bad and you become a useless unhappy human being. 


The ugly truth is nobody fits into any mould. 


We are all individuals with different needs, doings, behaviour, experience, upbringing, demeanour and traits. 


So live your life according to your own mould and not to others.


Semua manusia mempunyai kemampuan berangan-angan atau berimpian tetapi tidak ramai yang sanggup mengejar impian mereka. 


Kita selalu memberi alasan (excuses) untuk matikan impian atau angan-angan kita. 


Rakan-rakan dan saudara mara pula membantu mengkafankan impian kita dengan kata-kata negatif.


Sebenarnya dengan sedikit usaha dan will power kita berupaya untuk merubah hidup agar pada satu hari nanti angan-angan kita menjadi satu realiti. 


InsyaAllah you will lead a contented and happy life. 


2. I wish I hadn't worked so hard.


Kalaulah saya tidak kerja terlalu kuat. 


Ada orang yang bekerja terlalu kuat sehingga lupa untuk hidup bersosial. 


Semasa zaman bekerja saya arahkan staf untuk balik awal selepas waktu bekerja untuk lapangkan masa bersama anak isteri. 


Hidup ini bukan untuk bekerja sahaja. 


Ada rakan saya yang balik lewat ke rumah setiap hari di mana anak pun telah tidur. 


Beliau tidak nampak dan tidak menghayati ketika anak membesar. 


They missed their children's youth and their partner's companionship. 


Luangkanlah masa bersama keluarga dengan 'quality time' dan insyaAllah anda tidak akan kesal di akhir hayat nanti. 


Ada rakan saya asyik beri alasan 'sibuk' bila diajak berjumpa. Dari muda sehingga sudah bersara masih sibuk dengan berbagai alasan. 


Agaknya kesibukan beliau hanya akan hilang apabila sudah mati nanti. 


'Make time' if you are too busy where 24 hours is not enough. 


3. I wish I'd had the courage to express my feelings.


Kalaulah saya mempunyai keberanian untuk meluahkan perasaan saya. 


Budaya kita adalah terlalu menjaga hati orang lain sehingga kita menyimpan apa yang perlu diperkatakan. 


Akhirnya kita 'makan hati',  sentiasa berada dalam keadaan stress sepanjang masa dan hidup merana. 


Beri kata dua pada orang toksik dan kemudian 'avoid' mereka.  


4. I wish I had stayed in touch with my friends.


Kalaulah saya boleh terus berhubung dengan rakan-rakan lama. 


Ramai orang terlalu sibuk dengan kehidupan sehingga lupa berinteraksi dengan kawan lama. 


Everyone misses their friends when they are dying. 


5. I wish that I had let myself be happier. 


Kalaulah saya boleh hidup dengan lebih gembira. 


Rahsia kebahagiaan (happiness) bukan mempunyai banyak harta atau wang atau ramai isteri dan anak tetapi berpuas hati dengan kehidupan anda (contented with your life). 


Selalulah bersyukur dengan apa yang kita ada dan jangan fikir dengan apa yang kita tidak ada.


Bersyukurlah kita masih sihat, bersyukur mempunyai pekerjaan, bersyukur mempunyai ibu bapa, bersyukur mempunyai suami/isteri yang menyayangi, bersyukur mempunyai keluarga, bersyukur kita masih boleh bangun pagi, masih bernafas dan masih hidup.  


'Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu....' 


 Surah Ibrahim 14:7. 


Jika anda dalam keadaan hidup tidak bahagia, get off your car and walk away...  


Wallahua'llam. 


Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 

FB: zainuddin omar


* get out there and live a little. 


Sapa Vietnam.