PEMIKIR ZAABA.

 


Alhamdulillah pagi semalam tadi diberi kesempatan mengenang tokoh silam dan pemikir bangsa, Almarhum Tan Sri Zainal Abidin Ahmad atau Za’ba di institusi penuh bersejarah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).






Saya sentuh karya Za’ba dalam akhbar Al-Ikhwan ”Miskin pada wang ringgit dan harta benda, miskin pada hemat dan cita-cita, miskin pada pelajaran dan latihan pengetahuan, miskin pada alat-alat kelengkapan otak dan pada beberapa sifat-sifat keperangaian yang tinggi dan mulia – jadilah mereka tidak dapat tiada daripada tersangkut dan ketinggalan dalam perjalanan bangsa-bangsa. 


Karya tersebut menyentuh kemiskinan tidaklah semata-mata soal harta namun ianya boleh juga diukur dari segi sikap dan nilai. Seringkali saya tegaskan bahawa Kerajaan MADANI sentiasa menumpukan perhatian kepada isu tatakelola bertujuan memastikan bantuan kepada golongan miskin di negara ini sampai kepada sasaran.


Usaha membasmi kemiskinan perlu melalui ikhtiar yang melibatkan pelbagai dimensi dan ia tidak boleh hanya tertumpu kepada pelaksanaan projek atau program semata-mata, sebaliknya pelbagai aspek berkaitan termasuk punca kemiskinan, pemilikan modal dan kecelaruan dalam sistem pemasaran termasuk penindasan oleh orang tengah, perlu diberi perhatian.


Saya juga menggunakan ruangan ini untuk menyeru kepada generasi muda untuk membina tekad menyelamatkan bangsa dan negara, dengan menolak amalan tadbir urus yang menggunakan kedudukan bagi memperkayakan diri dan keluarga. 


#MalaysiaMADANI