*UJUB TANPA KITA SEDAR*


UJUB ialah perasaan kagum atas diri sendiri. Merasa diri hebat. Bangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri. 


UJUB lain, RIAK lain.

Riak perkara yang ditunjuk pada orang, ujub merasa bangga dengan diri sendiri dalam diam.


Kadangkala riak dapat dielak. Tapi ujub masih ada.


Contoh:

Kita solat tahajjud sendirian, tiada siapa tahu,  dan kita tak cerita pada orang,  dengan harapan tiada riak, sebab kerana Allah.

Tetapi, ujub bila dalam hati berkata, "hebat aku ni, bangun setiap malam tak pernah miss Solat Tahajud, org lain tidurrr je..."


Penyakit UJUB  ni antara penyakit hati yang paling halus.


Perasaan UJUB boleh datang pada bila-bila masa.


•  Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.

•. Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.

• Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya.

•. Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya.

•. Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya.


Pesanan buat diri sendiri juga.

Perbanyakkan istigfar dan selawat.

Moga tiada ruang untuk maksiat-maksiat hati memenuhi ruangan hati.