KAKITANGAN KERAJAAN TAK BERSYUKUR. JADINYA BOLEH DIA MOHON BERHENTI KERJA.

 

Ahmad Mohamad Afendi


Sifat bersyukur pada penjawat awam yang memiliki pandangan politik berbeza dengan DSAI amat amat membimbangkan.

.


Mereka seolah-olah bangga mempamerkan sikap tidak bersyukur mereka seolah-olah semua usaha yang dibuat oleh DSAI dan barisan kepimpinannya terhadap kebajikan penjawat awam adalah sesuatu yang sia sia.

.

Tangkap layar ini salah satunya, merupakan penjawat awam yang tidak bersyukur malah memperlekehkan usaha kerajaan.

.

Bila saya masuk komen dan tag Tuan Haji Desa HM supaya sosok ini dapat diberikan perhatian, beliau padam posting ini.

.

Kemudian dia tulis pula posting baru (yang kemudiannya dia padam balik) mengatakan kerajaan mengambil kesempatan kenaikkan gaji dengan mencampurkan kenaikan biasa KGT.

.

Saya tag sekali lagi Tuan Haji agar beliau dapat diberikan perhatian, sekali lagi, dia block terus saya.

.

Nak berpolitik?

.

Silakan, Ahlan wasahlan, silakan wahai penjawat awam. Politik lah semahu mahunya. Tapi menafikan usaha baik seseorang bersama sama dengan sikap memperlekehkan usaha baik berkenaan adalah sesuatu yang sangat jelik.

.

Tambahan pula yang menulis posting (pada tangkap layar) ini juga merupakan penjawat awam yang turut sama mendapat kebaikan dari keputusan kerajaan menaikkan gaji penjawat awam.

.

Adakah patut kita gesa agar DSAI ambil contoh sedikit dari perbuatan Mahathir Mohamad, seorang mamak mengaku melayu, contoh dimana jika ada penjawat awam condong pada pembangkang, terus ditukar tempat perkhidmatan?

.

Almarhum Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz yang terlalu marah kepada UMNO salah satunya sikap ini. Waktu pemerintahan Mahathir Mohamad, penjawat awam yang condong ke arah pembangkang akan dihancurkan hidup mereka.

.

Laki di hantar ke selatan, isteri di hantar ke utara. Tak cukup lagi? Isteri di hantar ke Sabah, laki di hantar ke Sarawak. Adakah penjawat awam mahu DSAI ikut contoh itu?

.

Siapa pun tak mahu!

.

Kami pun tak mahu!

.

Berapa banyak pakcik dan makcik yang saya kenal sewaktu saya dalam PAS, menangislah terpaksa bekerja jauh kerana perbuatan mereka menyokong PAS dihidu ketua jabatan yang kaki mengampu UMNO?

.

Mahu kah penjawat awam, DSAI ikut macam itu? Mahathir Mohamad ini adalah pemimpin paling pendendam sekali dalam sejarah beliau terlibat dalam politik.

.

Almarhum Tun Abdul Rahman pun dengan senang dia "terajang", tanyalah Mahathir Mohamad, sewaktu dia muda, dia buat apa kepada Almarhum Tun Abdul Rahman sampaikan Almarhum terpaksa letak jawatan?

.

Sejarah tak pernah berbohong, yang berbohong adalah pemimpin jahat yang suka para pengundi mereka kekal bodoh agar mudah dibohongi sepanjang masa.

.

Saya ingin berpesan kepada penjawat awam, ini pesanan dari mereka yang mencari makan dalam bidang swasta.

.

Kami ini cari makan benar benar bergantung kepada keadaan ekonomi negara. Jika ekonomi suram, kami memang akan teruk. Kami mahu ekonomi makmur, baru kami mudah cari makan.

.

Penjawat awam, ekonomi teruk macam apa sekalipun, gaji tetap jalan tiap tiap bulan. Siapa pun menjadi perdana menteri, gaji tetap masuk tiap tiap bulan. Tiada masalah.

.

Kalau penjawat awam tak bersyukur dengan apa yang dibuatnya oleh DSAI dalam mengembalikan kemakmuran ekonomi negara sebab taksub kepada Hadi Awang dan Mahaidin, tiada masalah, diam sudah.

.

Kami faham, taksub punca bodoh. Tiada masalah.

.

Tapi kalau penjawat awam sendiri menghasut pula dengan taksub itu, kami akan pastikan penjawat awam ini diberikan exposure agar kerajaan terpaksa memberhentikan dia dari kerjanya.

.

Sikap tak bersyukur tidak harus mendapat tempat dalam organisasi kerajaan.

.

Nak kritik? Kritik lah, tiada siapa pun marah, tapi pastikan dalam kritikan itu ada cadangan penambahbaikan. Itulah ciri ciri orang yang memiliki mindset kaya.

.

Buka sekadar kritik kemudian tambah dengan menghina.

.

Itu sikap orang yang tak bersyukur.



1 comment:

Isaac said...

Bagus..Buru penjawat awam spt ini biar ketua Jabatan tahu perangai mereka yg suka mensabotaj usaha kerajaan. Ini termasuk srkat bonus dan kenaikan gaji mereka kerana memsabotaj