LEBAI SOKONG, TAK KAN WALAUN TAK SOKONG... NOHHH HAIIIHHH..


Yati Al Walauntit


 PANTAU LANGKAH PENYASARAN SUBSIDI DIESEL SECARA DEKAT, ELAK KESAN NEGATIF KE ATAS RAKYAT, EKONOMI


PAS mengambil maklum keputusan kerajaan memulakan langkah penyasaran subsidi diesel bermula tengah malam ini menerusi pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebentar tadi.


Harga diesel dijangka meningkat kepada RM3.35 seliter berbanding RM2.15 sebelum ini, iaitu bertambah sebanyak RM1.20 seliter. Harga diesel juga dijangka akan dikemas kini mengikut minggu sama seperti harga petrol RON97.


Menurut Amir Hamzah, kerajaan menanggung kos subsidi diesel sebanyak RM1 bilion sebulan dengan anggaran kebocoran mencecah RM4.5 juta sehari.


Katanya, langkah penyasaran subsidi diesel merupakan antara inisiatif penambahbaikan utama dalam kerangka Ekonomi Madani bagi memastikan pengurusan kewangan yang mampan dan menangani masalah kebocoran serius yang berlaku tanpa mengabaikan kebajikan rakyat.


PAS mengalu-alukan matlamat baik yang digariskan kerajaan berhubung langkah ini, namun pada masa sama berasa perlu menyuarakan kebimbangan berkait pelaksanaannya, terutama sekali kemungkinan kesan negatifnya ke atas kehidupan rakyat.


Selain itu, wujud kebimbangan berhubung kemampuan kerajaan sendiri untuk memastikan matlamat utama yang digariskan dicapai dalam tempoh yang munasabah.


Dalam konteks ini, PAS berharap golongan sasaran seperti pengeluar, perkhidmatan pengangkutan, petani, kumpulan berpendapatan rendah dan lain- lain akan diliputi sepenuhnya bawah langkah pengecualian yang disediakan melalui proses pendaftaran yang mudah diakses.


Ini termasuk peranan proaktif agensi terbabit memastikan mereka dikesan dan dibantu sewajarnya. Kerenah atau ketidakcekapan birokrasi misalnya tidak harus menjadi penghalang dalam hal ini.


Kebimbangan kedua ialah kemampuan kerajaan menangani isu kebocoran serius yang berlaku, terutama daripada aktiviti penyeludupan diesel ke negara jiran yang dianggarkan berjumlah kira-kira tiga juta liter sehari.


Agensi keselamatan di sempadan, termasuk Jabatan Kastam Diraja, mempunyai peranan besar yang perlu digembleng sepenuhnya bagi memperkukuh mekanisme penyasaran subsidi sebaiknya.


Dalam pada itu, PAS juga berharap kerajaan akan meningkatkan peranan pemantauan dan penguatkuasaan domestik bagi menghalang pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harga atau memanipulasi pasaran yang sudah tentu akan memberi kesan negatif ke atas ekonomi dan kehidupan rakyat.


PAS percaya, langkah penyasaran subsidi diesel ini perlu dipantau keberkesanannya secara dekat oleh kerajaan dan semua langkah perlu hendaklah diambil segera sekiranya terdapat tanda-tanda perjalanannya terseleweng atau tidak menepati sasaran.


Terima kasih.


TAKIYUDDIN HASSAN

Setiausaha Agung PAS 

Bertarikh: 09 JUN 2024



No comments: