HARI HARI IKLAN.

 

Gino Marvela. 


Hari-hari ada iklan madrasah daif, pelajar di hidangkan makan nasi bertalam dgn hidangan telur saja kemudian mengaitkan harga telur naik sedangkan harga sebenar di pasaran turun. Di hidangkan video pelajar madrasah hanya bertilamkan buruk, baju lusuh dan ramai yg x dapat makan.


Bila kami semak, banyak pusat2 madrasah ini dapat sumbangan orang ramai & bantuan persendirian. Hat ni kebanyakannya tak berdaftar dgn pihak kerajaan, tiada kelulusan bomba & aspek keselamatan yg paling teruk. 


Bukan tak kesian, dan tak semua madrasah2 ini bermasalah... tapi kemana duit2 derma yg di hulurkan lenyap setiap bulan ? 


Dengan kes liwat di madrasah yg banyak di sembunyikan dari pengetahuan umum, kes elektrik tak berbayar sedangkan ada penderma persendirian beri sumbangan, makanan tak mencukupi...tilam dan katil tak mencukupi tapi masih ambil pelajar baru.


Yang kami lihat, tok mudir pakai Alphard...pakai velfire, mercedes malah ada yg pakai Tesla. Bercuti di Krabi & Indonesia, bini sampai 3-4 orang, rumah banglow setiap satu. Tapi yg di hidangkan dalam iklan youtube, facebook, tiktok...semua anak madrasah makan nasi bertalam berlaukkan telur?


Buat muka kesian, buat2 miskin. Dah tahu tak mampu nak sediakan perkhidmatan dan mutu pelajaran yg baik serta kekurangan dari aspek kemudahan, pi ambil banyak2 pelajar buat apa ?


Apakah tok mudir aka lebai2 ini semua mempergunakan anak2 madrasah buat kekayaan peribadi dan halwa nafsu berbini ramai ?


Bukan semua madrasah sebegini...tapi kebanyakannya itulah realiti jijik yg berlaku di luar sana. Itu belum lagi yg kami di maklumkan dah ada rancangan yg di buat bagi melancong ke benua eropah bersama anak bini & kaum kerabat pd hujung tahun sedangkan anak madrasah di hidangkan nasi talam berlaukkan telur.  


Lebih jijik, sanggup buat iklan berbayar di pelbagai media sosial minta derma sedangkan ia bagi menyara keperluan serakah puak lebai setiap bulan. 


Tak semua yg begini, tapi itulah bibit hitam yg ada. Bak kata pepatah, "setitik air riang-riang...jahanam segala institusi masyarakat". 😉




No comments: