SESUNGGUHNYA SETAN ITU SUKA MENGHASUT

 

Berkenaan dengan tular video seorang penceramah dikhabarkan membuat fitnah di Masjid baru-baru ini. 



Mendapat makluman perkara ini sudah dalam siasatan pihak berkuasa. 


Dalam masa yang sama, marilah kita insafi firman Allah Subhanahu wa-Ta'ala dan hadith daripada Rasulullah Sallallahu alayhi wa-sallam ini:


إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَن يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ


Maksudnya: “Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu.” [Surah al-Maidah: 91]


Nabi Sallallahu 'alayhi wa-sallam dalam hadith yang diriwayatkan Huzaifah Radiyallahu 'anhu:


‏ لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ ‏


Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba).” [Riwayat al-Bukhari (6056) dan Muslim (105)]


Fitnah di penghujung Ramadan seolah-olah tidak sabar menanti pembebasan syaitan dan iblis.


Kita perlu sentiasa bermuhasabah diri daripada menzalimi atau menyakiti orang lain walaupun dalam hal yang kelihatan kecil dan remeh. 


Berwaspadalah agar kita tidak menjadi muflis di akhirat nanti. Semak sebelum sebar.


Ramadhan Kareem.


#DrZulkifliHasan #TimbalanMenteriAgama

#MalaysiaMadani #KerajaanPerpaduan

#SebarkanSalam #IslamItuDamai

#MalaysiaMembaca #kitakawan



No comments: