Kisah bawang

 Kisah Bawang



1. Pada 24 Januari 2024, Jabatan Pertanian telah mulakan projek perintis menanam Bawang dan tuaian pertama sebanyak 2.3 tan metrik berjaya dihasilkan di Batang Padang, Perak di atas tanah seluas 1 hektar pada 3 April 2024.


2. Walaupun Malaysia mempunyai 'Tentera Bawang' yang terkenal di seluruh dunia dan makcik2 sangat gemar 'membawang', sebelum ini kita tidak pernah hasilkan bawang sendiri untuk masakan.


3. 100% bawang kegunaan rakyat Malaysia adalah diimport dan 3 negara pengeksport terbesar tahun 2023 ialah India (48%), China (24.3%), Pakistan (13.1%).


4. Pada tahun 2022, sebanyak RM1.58bil atau 700ribu tan bawang diimport.


5. Selepas insiden banjir di India pada 2020 India telah mula mengawal eksport bawang untuk meningkatkan bekalan dan membendung inflasi dalam negara yang menyebabkan kenaikan harga dari RM6 ke RM8 sekilogram.


6. Keputusan Kerajaan India pada Disember 2023 untuk mengharamkan eksport bawang sehingga Mac 2024 telah dilanjutkan sehingga notis selanjutnya. Ini secara langsung menjejaskan bekalan bawang.


7. Kerajaan mula menambah sumber negara pengeksport lain untuk memastikan keterjaminan bekalan.


8. Kerajaan sasarkan 30% import bawang dapat dikurangkan menjelang 2030 dengan 1,447 hektar kawasan penanaman setahun.


9. Sebelum ini, rakyat Malaysia yang cuba menanam bawang hanya akan hasilkan 'daun bawang'.


10. MARDI mula mengeluarkan varieti bawang yang sesuai dengan iklim Malaysia iaitu Baw-1, Baw-2 dan Baw-3 dengan tempoh tanaman 2 ke 3 musim setahun.


Kredit : Ahmad Mursi



No comments: