HADIR BSRBUKA DYMM SULTAN SELANGOR



 Alhamdulillah, hari ini saya hadir dalam Majlis Berbuka Puasa DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Bersama Rakyat dan penyampaian sumbangan Hari Raya 1445H di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam. 







Baginda juga diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah serta Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari. 


Mendoakan ke hadrat Allah SWT semoga Tuanku dikurniakan keberkatan dan qarar bersemayam di atas singgahsana serta seluruh Kerabat Diraja dan rakyat negeri Selangor jua sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat dan sejahtera. 


Daripada Abdullah bin ‘Amr RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda:


إِنَّ لِلصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ لَدَعْوَةً مَا تُرَدُّ


Maksudnya: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka doa yang tidak akan ditolak”. [Riwayat Ibn Majah (1753)]



No comments: