WOIII... TEMPAT KO TU ULU BANAT.. TAK ADA AKTIVITI NAK BUAT DUIT.. SIDAI KEDAI KOPI JA SIANG MALAM





 Untuk pengetahuan 𝗿𝗼𝗵 𝗿𝗼𝗵 𝗿𝗼𝗵 𝗻𝗲𝗵 𝗻𝗲𝗵 𝗻𝗲𝗵 ni, kerja di hari raya tu perkara normal. Dekat offshore berderet Melayu kerja hari raya. Bukan masa ni je tapi dari dulu lagi. Ramai yang suka kerja masa raya. Kenapa? Sebab 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵.


Aku pun ada kenal peniaga cina yang kerja masa CNY. Aku tanya dia tak cuti ke, dia kata masa ni nak buat duit sebab semua orang cuti. Kedai dia je yang buka jadi tentu pelanggan akan bertumpu ke kedainya.


Nampak? Bukan sebab ekonomi tak elok. Tapi sebab dia nampak 𝗽𝗲𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗱𝘂𝗶𝘁. Sebab dia tahu rakyat ada duit dan akan berbelanja. Kalau ekonomi teruk, orang tak ada duit nak belanja, buat apa nak meniaga lebih masa? Baik cuti!


Sekarang ni orang kerja masa raya bukan masalah mat oi. Masalah macam masa PN dulu. Nak kerja pun tak boleh sebab bisnes tak ada. Tutup kedai bukan sebab nak cuti tapi sebab tak ada pelanggan. 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗺𝗽𝘂 nak berbelanja.


PN jadi kerajaan tu bukan kisah lampau. Baru je lagi. Tak sampai 20 bulan pun lagi. Masih lagi segar dalam ingatan 𝗯𝗲𝘁𝗮𝗽𝗮 𝘀𝗶𝗸𝘀𝗮 hidup rakyat masa tu. Tak payah la nak cakap macam PN bagus sangat memerintah. Rakyat belum lupa. Dan belum maafkan. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.