KAJI KOMPETASI DUN



Adrian Lim Chee An


Apa dia "Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Berkaitan Kompetensi DUN untuk menggubal undang-undang Islam"?


Kat Malaysia ni, dua badan yang dibenar membuat undang-undang ialah Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN). Sebab itu masa pilihan raya, kita memilih dua calon, iaitu Ahli Parlimen dan Ahli DUN.


Ahli Parlimen dan Ahli DUN yang kita undi inilah yg bertanggungjawab menggubal undang-undang di peringkat Parlimen dan di peringkat DUN.


Mereka menggubal jenis undang-undang apa?


Perlembagaan Persekutuan secara jelas memisahkan tentang jenis undang-undang yg boleh digubal oleh Parlimen dan jenis undang-undang yg boleh digubal oleh DUN.

• Federal List (Parlimen)

• State List (DUN)


Ertinya begini.

Parlimen tidak boleh menggubal undang-undang di bawah State List.

DUN pun tidak boleh menggubal undang-undang di bawah Federal List.


Atas kertas, pemisahan ini nampak jelas. Parlimen buat kerja Parlimen, DUN buat kerja DUN.


Tetapi pada realitinya, terdapat juga ambiguity atau "kekaburan" di mana pemisahan itu menjadi kabur kerana...... Malaysia mempunyai dua jenis undang-undang dan mahkamah

• undang-undang dan mahkamah sivil

• undang-undang dan mahkamah syariah.


Oleh kerana ianya termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan bahawa undang-undang Parlimen "paling kuat", maka sekiranya dua-dua Parlimen dan DUN membuat undang-undang yang sama bidang tetapi isinya bercanggah, secara automatik DUN akan kalah. Parlimen menang.


Itulah yang berlaku di dalam kes Nik Elin, di mana undang-undang yang digubal oleh DUN Kelantan telah kalah.


Ini bukan salah Nik Elin.

Ini bukan salah Perlembagaan Persekutuan.

Ini juga bukan salah Hakim Mahkamah Persekutuan.


Ini adalah salah DUN Kelantan kerana membuat undang-undang di luar bidang kuasa mereka. Ibarat melanggar dinding tanpa pakai helmet.


Sebab itu, sebab itu, sebab itu.......


Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia atau MKI, telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Sultan Selangor sendiri.


Ini kerana selain cabaran yang dibawa oleh Nik Elin, terdapat juga undang-undang syariah lain yang telah digubal oleh DUN yang bercanggah dengan undang-undang Persekutuan.


Cuma buat masa ini, undang-undang sebegitu belum dibawa dan dicabar di mahkamah lagi. Tunggu masa je.


Sultan Selangor telah lama nampak benda ini dan menurut kebijaksanaan baginda, baginda mahu penyelesaian.


Maka the way forward ialah menubuh "Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Berkaitan Kompetensi DUN untuk menggubal undang-undang Islam" di bawah MKI.


Baginda berhasrat mengkaji perkara ini secara lebih mendalam, dan sebelum satu lagi kes seperti kes Nik Elin berulang di mana undang-undang syariah lain dicabar dan kalah kerana kesalahan dan kegopohan kerajaan negeri sendiri.


Jawatankuasa ini dibarisi oleh pakar undang-undang. Tanggungjawab mereka adalah dua:


1. Mengkaji apa lagi undang-undang syariah yang telah digubal oleh DUN yang berkemungkinan bercanggah dengan undang-undang Persekutuan

2. Sekiranya ada, bagaimanakah Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda, supaya undang-undang syariah ini tidak dicabar dan mengalami kekalahan


Itulah kehebatan dan kebijaksanaan Sultan Selangor berbanding kerengga-kerengga dan penunggang agama.


Baginda mencari solusi ke masa depan.




No comments: