Abu Miskhat
Setelah hukum-hakam Islam diparodikan,
Setelah undang-undang Perlembagaan kita dipertikaikan,
Setelah keputusan mahkamah tertinggi Mahkamah Persekutuan dipermainkan,
Setelah YAA Hakim-hakim kita dipersendakan,
Setelah fakta kesalahan judi dan minum arak untuk orang Islam kekal dalam enakmen syariah dinafikan dengan lawak bodoh parodi,
Setelah fahaman ramai orang diselewengkan kononnya hakim sivil membatalkan hukum syarak,
Setelah semua kerosakan itu dilakukan atas nama parodi,
Cukupkah hanya sekadar menurunkan video dan minta maaf?
Selepas ini akan ada ramai lagi yang memparodikan agama dan institusi terhormat kita.