HORMATI UNDANG UNDANG NEGARA


 Sewaktu menyampaikan ucaptama pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), saya singgung keperluan aspek keharmonian negara ini agar terus dipertahankan tanpa mengira perbezaan agama dan kaum.













Dalam perkembangan semasa, ini selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini agar ia perlu dihormati semua lapisan masyarakat, sementelahan menghormati kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama negara.


Saya maklumkan hadirin, Kerajaan Persekutuan menyambut baik titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) kali ke-71 di Putrajaya hari ini supaya keputusan mahkamah itu dihormati dan dilihat tepat pada masanya bagi menurunkan suhu hangat politik semasa.


Dalam majlis yang sama, saya maklumkan penganjuran Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) yang dijadualkan berlangsung pada 29 Feb hingga 2 Mac depan adalah bersifat lebih inklusif.


Selain membincangkan isu berkaitan ekonomi Bumiputera, KEB 2024 juga diharapkan mendapat kerjasama dan sokongan bersama daripada masyarakat Cina dan India bagi membantu menangani masalah kemiskinan. 


Justeru, pemimpin dewan perniagaan yang mewakili masyarakat Melayu, Cina dan India akan diundang untuk memberi pandangan dan input berhubung perkara itu supaya KEB 2024 tidak dianggap sebagai eksklusif.


#MalaysiaMADANI




No comments: