YANG MENUDUH TU PUN PATUT CERMIN JA DIRI


 Penyokong sebuah parti yang bawa cop Islam sibuk melaungkan qazaf, menuduh PMX peliwat tanpa membawa sebarang bukti. Sedangkan tuduhan zina dan liwat ni, penuduh perlu melihat sendiri perkara itu bagaimana 'benang masuk jarum'.


Qazaf ni sangat berat dosanya. Menurut hudud, yang parti tu konon nak buat sangat, qazaf mesti dihukum dengan 80 kali sebatan. Bukan itu saja, orang yang qazaf tidak akan diterima kesaksian mereka sampai bila-bila.


Maknanya, kalau dia jadi saksi akad nikah, maka akad nikah itu tidak sah kerana tak cukup syarat 2 orang saksi adil. Sebab kesaksiannya tak diterima. Begitu sekali. Malah walikan anak bernikah juga tak dibolehkan.


Tapi parti itu dakwa mereka ramai ulama. Habis tu kenapa ulama tak tegur pengikut mereka berbuat dosa yang amat besar ini? Takkan mereka tak tahu perbuatan qazaf ini berdosa?


Mereka yang digelar ulama dalam parti itu amat arif dengan hukum ini. Sebab itu mereka tak berani nak ulang tuduhan itu. Tapi tuduhan itu untungkan parti mereka. Jadi rugi kalau mereka tak gunakan.


Maka sebab itu dibiarkan para penyokong mereka berterusan melakukan qazaf. Jadi nanti, yang akan tertolak kesaksian, yang wajib dihukum dengan 80 sebatan adalah penyokong mereka.


Sementara mereka akan menuai hasil. Kalau kata tuduhan itu mempengaruhi sokongan rakyat, maka mereka akan dapat jawatan. Soal dosa, itu biarlah penyokong tanggung sendiri. Mereka yang buat.


Jadi untuk apa ditegur dan ingatkan penyokong mereka tentang dosa qazaf? Maka sebab itulah mereka diamkan diri dan biarkan qazaf berleluasa. Janji mereka dapat hasilnya.


Baginikah ulama yang kamu sangka akan berikan syafaat di akhirat kelak? Jauh panggang. Kesian penyokong mereka kerana diperkudakan oleh orang yang mereka panggil ulama. Tapi nak buat macam mana. Mereka sendiri yang rela. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


No comments: