Berucap di acara terakhir di kempen saya membantu calon Barisan Nasional untuk Dun Pelangai semalam dengan menegaskan bahawa apa yang dilakukan sedaya upaya kini adalah untuk mengangkat martabat rakyat dan negara.
Negara ini mesti bergerak seiring dengan tuntutan zaman dan kuasa yang telah diamanahkan ini mesti diterjemahkan dengan baik melalui dasar-dasar utama yang telah diketengahkan.
Saya turut menambah bahawa negara kini di landasan yang baik untuk berkembang tatkala kita menikmati kestabilan politik, dan ini tentunya mesej yang jelas kepada dunia luar bahawa, “we mean business”, dan Malaysia mesti melonjak ke depan menonjolkan gagasan baharu yang lebih bertenaga dan gagah.
Saya menggesa warga dan pengundi Dun Pelangai untuk bersama Gabungan Perpaduan menterjemah hasrat Malaysia MADANI!
#MalaysiaMADANI