KEADILAN Kedah baru baru ini mengadakan temu rapat bagi membincangkan hala tuju parti selepas Pilihan Raya Negeri Julai lalu.
Menurut satu kenyataan, temu rapat itu bagi membincangkan cara
mana untuk merealisasikan agenda Madani kepada rakyat Kedah yang ditadbir oleh
Kerajaan Negeri pembangkang.
Nurul Izzah memberi amanat khas
"Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Kedah telah mengadakan
retreat bagi mengukuhkan lagi ukhuwah pasukan dan membincangkan halatuju
KEADILAN Kedah khususnya dalam usaha membantu rakyat dan menterjemahkan usaha
Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Perdana Menteri YAB Anwar Ibrahim,"
kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, majlis yang disempurnakan dengan
amanat khas dari Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Kedah, Nurul Izzah
Anwar tersebut berjalan lancar dan berjaya membincangkan beberapa perkara.
"Terima kasih atas semangat dan tekad yang dikongsikan,
semoga istiqomah perjuangan KEADILAN akan terus mekar dan memberikan manfaat
untuk rakyat Malaysia," kata kenyataan itu lagi.