PADAN MUKA : TINDAKAN UNDANG-UNDANG TELAH DIMULAKAN TERHADAP DUSUKI




1. Saya telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Dusuki Rani berhubung dengan siri-siri ucapan beliau mutakhir ini yang bersifat fitnah terhadap saya berhubung dengan kekalahan beliau di dalam Saman Fitnah beliau terhadap saya sebelum ini. 


2. Saya juga mendapati kenyataan-kenyataan Dusuki mempunyai unsur-unsur penghinaan kepada Mahkamah apabila Dusuki dilihat bukan sahaja mempertikaikan, malah memperlekehkan dan memutar belitkan keputusan yang diberikan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam dan Mahkamah Tinggi Shah Alam. 


3. Oleh itu, Peguamcara saya dari Tetuan Akram Hizri Azad & Azmir hari ini telah mengeluarkan Notis Tuntutan bertarikh 6.9.2023 kepada pihak Dusuki di mana saya menuntut beliau:


(i) memadamkan kenyataan-kenyataan berunsur fitnah dan/atau mengelirukan oleh Dusuki tersebut dalam tempoh 48 jam;

(ii)berhenti memberikan sebarang kenyataan berunsur fitnah dan/atau mengelirukan terhadap saya; dan

(iii)membayar gantirugi berjumlah RM1,000,000.000 kepada saya. 


4. Selain itu, Peguamcara saya melalui satu Notis bertarikh 5.9.2023 turut telah menuntut Dusuki membayar keseluruhan kos yang diperintahkan oleh Mahkamah sebelum ini berjumlah RM23,000.00 dalam tempoh 14 hari. 


5. Sekiranya Dusuki gagal mematuhi tuntutan-tuntutan saya, saya tidak teragak-agak akan teruskan dengan tindakan Mahkamah terhadap Dusuki, termasuk prosiding menghina Mahkamah. 


Sekian, terima kasih. 


YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa

6/9/2023



2 comments:

Anonymous said...

Jangan biarkan pas bercakap sesuka hati ..memfitnah sesiapa yyang mereka suka

Anonymous said...

X pyh layan dato maaf kan shjla ia lebih mulia….