Sarang Tebuan jangan dijolok.. buruk padahnya! Kan dah mendapat!



Dia yang mulakan! Dia yang koyak! 

Ketawa dahulu! Menangis kemudian!


Ahli parlimen Putrajaya, Radzi Jidin mengamuk dan koyak selepas mendapat sindiran keras dari perdana menteri, Anwar Ibrahim.


Anwar ketika itu sedang memberikan penerangan mengenai isu keputusan mahkamah memberikan DNAA (lepas tanpa bebas) kepada DS Zahid Hamidi.


“Apa yang dibincangkan di antara saya dengan peguam negara sebelum ini, Idrus Harun, dibangkitkan oleh ahli parlimen Larut”.


“Apabila Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk menghentikan prosiding mahkamah membabitkan DS Zahid, saya bertanya kepada Idrus”.


“Saya bukan berbincang mengenai keputusannya (menghentikan prosiding)”.


“Saya tanya alasan, minta penjelasan dan can you defend it (adakah kamu boleh mempertahankan keputusan tersebut)?”.


Ketika itu Radzi ketawa apabila mendengar kata-kata Anwar.


“You belah gelak, you boleh gelak Putrajaya, kerana you buat perkara itu”.


“Semasa pentadbiran (PN) you buat perkara itu,” dakwa Anwar.


Mendengar apa yang dikatakan oleh Anwar, Radzi koyak dan serta merta bangun dan mahu supaya Anwar menarik balik dakwaan tersebut.


Menurut Radzi, dakwaan Anwar itu tidak mempunyai bukti dan mencalarkan maruah beliau sebagai ahli parlimen Putrajaya.


#TerbaiklahPMX



2 comments:

Anonymous said...

Baru setahun jagung dalam politik sudah pandai memperlekehkan orang, hang masih berhingus lagi PMX sudah masuk Kamunting, pi belajaq dulu noh atau pun rendam buku Sun Tzu Art of War dan minum ayaq tu 40 malam, pasal tu lah koyak macam budak sekolah rendah

Anonymous said...

Kamu Dr apa melalak mcm org gila dlm parlimen?