Ok, saya baca cerita ni, saya tepuk dahi.


Ingat tak dulu masa Pandemik, ada mamat sorang ni dia claim dia dapat kerja NASA di Amerika. Ramai pun percaya. Lepas tu terkantoi, orang cari nama dia di website NASA tiada. Bila ditanya, dia claim dia kena scam. 


Tetiba minggu ni, dia kantoi lagi. Jadi Felo Perdana. Felo Perdana ni kalau tuan/ puan nak tahu, ialah program internship Kerajaan tapi level kayangan. Duduk Pejabat Menteri. Bukan calang2 orang boleh dapat. Tapi Mamat ni lepas. 


Dengan tipu sijil dari UM, dengan adakan award BNM yang takde, senang2 je terus jadi Felo Perdana. 


Nasib baik netizen Malaysia hebat2. Ternampak gambar dia dalam FB Menteri, terus mereka gali. Terkantoi lagi! 


Kalau takde bawang rangers Malaysia, entah2 PRU16 dia bertanding, terus jadi Menteri 😅


Tapi tak boleh salahkan dia. Menteri sijil tipu bersepah. Yang dah terkantoi berlambak. Marzuki dr Pejuang, Zuraidah ex-PKR dan Peja dari Bersatu. 


Mungkin jadi aspirasi mamat ni, kalau mereka pun boleh, takkan saya tak boleh 😂


Lawak2 juga. Tapi tengokkan kualiti mereka yang duduk di corridors of power. Anak muda sanggup scam, sebab nak bersama mereka. Mana tak rosak negara. 


PRU16 nanti, moga kita dapat lebih ramai calon berkualiti untuk diangkat jadi MP dan Menteri. Set2 musibat harap undur diri. 


~LM~