LEGASI ANWAR YANG AKAN DIKENANG

 


Berita baik dan berita tidak baik…utk kita dgr

LEGASI ANWAR YANG AKAN DIKENANG


Ini pertemuan kali kedua ke kamar Speaker. Sewaktu bertemu Speaker, Tan Sri Johari Abdul kali ini…terus beliau berkata … “Wah sekarang rambut K-Pop style.” Ini akibatnya bila sikat, kawan ambil di dlm kereta jadi hak milik 😂


Ada beberapa perkongsian sahaja yg ingin saya sampaikan. Tan Sri Speaker beritahu beliau sgt kagumi PMX yg bekerja tanpa bercuti utk pulihkan ekonomi negara.


Ceritanya Insyallah negara kita dijangkakan menerima pelaburan sebanyak RM200 billion dari negara China, Amerika, Eropah, India, Turki dan beberapa negara lagi. 


Impaknya sgt besar kpd ekonomi negara tetapi yg menyedihkan usaha PMX dicemuh oleh rakyat yg termakan persepsi negatif hasil naratif yg dimainkan pembangkang. Sepatutnya ketika ini kita kena sama2 membantu dgn menyokong usaha2 beliau ke sana sini mencari pelabur.


Berita yg merunsingkan Tan Sri pula, apabila pelajar IPT 74% dikuasai kaum wanita. Kebimbangan ini kerana hasil kajian menunjukkan ramai juga diantara anak2 muda menolak utk sambung belajar kerana lebih tertarik dgn pendapatan bekerja sebagai ‘e-hailing’ dan ‘p- hailing.’


———————————————————————————


Tanya saya mengapa PMX terus bekerja tanpa henti… jawapannya beliau mahu dlm tempoh 3 tahun dari skg Malaysia akn bangkit menjadi gergasi ekonomi sekurang kurangnya di Asia Tenggara. Tempoh yg singkat itu mampu dicapai hanya dgn usaha gigih tanpa mengenal erti penat.


Beliau bukan mahu mencipta legasi pemerintahannya ada bangunan tertinggi, ada jambatan terpanjang dan sebagainya tetapi beliau mahu mencipta legasi sebagai Perdana Menteri yg membawa negara Malaysia kembali menjadi juara Asia dan menghapuskan rasuah.


Itu yg saya dpt baca pemikiran beliau. Kdg2 saya pun ‘marah’… PMX perlu berehat dua tiga hari bimbang akan kesihatan beliau. Bayangkan kelmarin di Sarawak, semalam di China dan pagi ini sudah berada di Parlimen. 


Tapi saya tahu masa tidak ada dan tidak menanti beliau. Sebab itu kita kena sama2 bersama dgnnya. Pemimpin lain seperti mengikut media Taiwan curi ratus billion duit rakyat tapi PMX ke sana sini mencari pelabur utk membela nasib rakyat.


Kita kena bantu PMX. Sumbangan walaupun kecil hanya menulis atau membuat content di Tik Tok, ia sgt bermakna buat insan bernama Anwar Ibrahim.



1 comment:

Anonymous said...

Betul tu...insyaAllah ramai para2 graduan era 80an menyanjung tinggi DSAI/PM-10. Sedikit demi sedikit akan terhapus pengkhinat bangsa/Bersatu dan agama/Pas ini. Sesuatu usaha yang baik lambat menambat hati masyarakat tetapi usaha buruk cepat disanjung. Tetapi usaha yang baik itu akan kekal berpanjangan buat selamanya.