Alolo ciannya lah hai so-called ustaz PAS ni. Sedih dia ustaz dihalang mengajar. Hahaha... Tapi yang sebenarnya bukan dihalang tapi tak cukup syarat. Isunya tak ada tauliah. Jadi pergilah mohon. Kalau cukup syarat, InsyaAllah akan diberi tauliah.
Tapi yang tak seronok dia cakap "jangan sampai tok guru kita jadi pemandu Grab atau menjaja di pasar minggu". So? Apa salahnya jadi pemandu Grab atau menjaja di pasar minggu? Hina sangat ke buat kerja begitu? Rezekinya tetap halal kan?
Malah menjadi pemandu Grab dan menjaja di pasar minggu itu berpuluh kali lebih mulia dan lebih halal pendapatannya daripada so-called asatizah yang menyebarkan fitnah dan hasutan kebencian ketika kononnya 'mengajar' di masjid.
Takkan hilang bisa ular menyusur akar. Khalifah Abu Bakr Ash-Shiddiq dulu pun meniaga di pasar juga. Beliau berhenti selepas dilantik jadi khalifah. Itu pun seleoas dinasihatkan oleh sahabat kerana beliau perlu tumpu kepada permasalahan rakyat.
Baginda Nabi saw pun seorang peniaga sebelum diangkat menjadi nabi. Tak ada salahnya memandu Grab atau menjaja. Kalau siang pandu Grab, malam mengajar pun boleh. Tak hina pun. Boleh mengajar tanpa bayaran. Lebih besar pahalanya. Tapi kalau dah kesempitan sangat, jual Vellfire tu. Guane boh?
Raja Gelap
.