Johor penebat budaya ekremisme, radikalime - Fadhlina




 Gelombang hijau diharap tidak akan melepasi sempadan Johor berikutan budaya rakyat di negeri itu yang berfikiran lebih bijaksana dan realistik.


Ketua Wanita KEADILAN Malaysia, Fadhlina Sidek berkata, Johor sebagai kubu kuat UMNO-BN dan separuh pengundinya menyokong Pakatan Harapan (PH) seharusnya tidak mempunyai masalah memberi kemenangan kepada dua calon PH dalam Pilihan Raya Kecil 9 September ini.


"Sebab itu saya ulang Johor mesti menjadi penebat fikrah ektremisme dan radikalisme (gelombang hijau) agar tidak sampai di Johor," katanya dalam majlis Himpunan Wanita Perpaduan Johor 2023, pagi tadi.


Selain itu, Menteri Pendidikan itu juga mengingatkan jentera Wanita PH dan BN agar tidak leka, terutama selepas banyak post mortem pilihanraya lalu menunjukkan kurangnya kempen ditumpukan kepada wanita, yang biasanya tidak berubah sokongan, menyebabkan mereka memberi undi kepada PN.


"Saya mahu puan puan ketuk pintu tiap hati wanita di Johor. Wanita di Malaysia ini ada rekod, dia tak akan pangkah orang lain


"Jadi ketuk pintu setiap rumah, pastikan undi itu milik PH dan BN. Kepung kawasan masing masing dan yakinkan mereka peluang lebih baik bersama Kerajaan Perpaduan," katanya lagi.