ADA APA DENGAN 9.9 - SEBENARNYA IANYA HANYA UNTUK NAK MENIPU PENGUNDI YANG MUDAH DITIPU





Dah kenapa pulak 9.9 ni kerajaan perpaduan akan runtuh? Ada apa? Takkan Shopee sale boleh buat kerajaan runtuh?


Owh... Sebab PRK Pulai ke? Lor... Sebelum ni kata lepas PRK kerajaan akan bertukar. Puas dah orang jelaskan PRK tu untuk negeri. Takde kena mengena dengan kerajaan pusat pun. Tapi degil.


Ni PRK Pulai pulak. Memanglah ini parlimen tapi cuma 1 (SATU) kerusi. Kerajaan Perpaduan ni ada 147 kerusi selepas ditolak Pulai. Kalau PN menang pun, status quo. Tak berubah apa pun.


Apa? Kalau PH kalah, boleh jatuhkan Zahid lepas tu boleh buat BN keluar Kerajaan Perpaduan? Kenapa Zahid pulak yang kena? Yang bertanding nanti calon Amanah. Apa kaitannya dengan Zahid?


Lagipun, sekarang dah ada akta lompat parti. Tak boleh nak lompat sesuka hati macam dulu. Kalau lompat juga, hilang kerusi. Kumpul kumpul SD tu semua dah tak main dah. Tak laku.


Kalau nak jatuhkan PMX, cuma di parlimen melalui undi tak percaya. Masa baru-baru DS Anwar jadi PM dulu kan ada buat undi percaya. Masa tu MP PN tak pula mengundi. Sekarang nak meroyan.


Cukup-cukuplah. Berhentilah berkelakuan begitu. Jadi manusia pula. Biarlah kerajaan stabil supaya ekonomi dapat berkembang semula. Kalau teringin sangat nak jadi kerajaan, tunggu PRU16.


Tapi tu la. Mahiaddin, Hamzah dan ramai lagi tak yakin mereka sempat jumpa PRU16. Mereka yakin masa tu dah duduk penjara. Sebab tu menggelupur sangat nak rampas kerajaan sekarang.


PAS pun, lepas SPRM mula siasat dana judi, terus pujuk UMNO nak hidupkan balik MN. Sebelum ni bukan main lagi kutuk UMNO. Ketakutan ke? Nak rampas kuasa sebab nak tutup kes ke?


Mereka yang sibuk nak tukar kerajaan sebenarnya pengkhianat rakyat sebab rosakkan ekonomi. Juga menderhaka kepada titah YDP Agong dan Raja Raja Melayu. Tak usahlah hina diri sampai begitu sekali. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


No comments: