SITI MUSLIHAT GANTI SITI WAN KEMBANG

 



Wong Xing.


BANYAK persoalan yang timbul dan Pas teruskan lakonan untuk mengabui minda pengundi2nya.

1.  Mengapa Pas tidak terus mencadangkan nama calun baru MB dan TMB Kelantan sedangkan bagi Terengganu dan Kedah calun MB dikekalkan?

2.  Adakah jika dinamakan awal2 Nik Amar dan pengikutnya akan mengamuk dan cah keting?

3.  Atau untuk meredakan sementara kemarahan rakyat, Nik Amar akan tetap dilantik sebagai MB selepas/jika Pas memenangi PRN nanti?

4.  Sementara di Kedah Sanusi dikatakan dikekalkan hanya  bertujuan untuk mengelak sabotaj dikalangan pengundi muda yang mengilainya sekarang. Selepas PRN jika Pas menang Sanusi akan digugurkan sbg MB dengan perbagai alasan.

5.  Di Terengganu sebenarnya Pas tidak mempunyai tokoh yang berwibawa dan layak. Samsuri terpaksa dikekalkan untuk menunjukkan Pas mempunyai tokoh teknokrat walaupun prestasinya pentadbirannya tidak disukai oleh pimpinan negeri. Malah beliau pernah cuba dicantas sbg MB.

6.  Rakyat wajib berubah kerana pimpinan Pas hanya mengutamakan kepentingan sendiri berbanding kepentingan rakyat keseluruhannya.