PN SELANGOR TIADA TAWARAN ISTIMEWA – KAMIL






 Perikatan Nasional yang bercita cita merampas Selangor dalam Pilihan Raya Negeri tidak mempunyai agenda yang jelas apakah yang akan mereka lakukan sekiranya diberi kuasa memerintah negeri.

Menurut Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Muhammad Kamil Munim, PN Selangor malah enggan berdebat dengan calon calon Pakatan Harapan bagi dinilai kualiti pemikiran dan idea mereka oleh rakyat.

“Kalau kita lihat pepimpin PN yang datang ke Selangor tidak ada satu tawartan dasar atau polisi yang jelas tentang apa nak dibuat di Selangor, dan hanya terikat dengan elemen politik dan perkauman sempit.

“Bahkan terakhir, terpaksa di pihak kita melalui Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli mengundang untuk mereka berdebat (tetapi tidak disambut), kerana kita mahu hentikan bercakap soal agama, kaum. Supaya kita ada nilai politik baru

“Namun setakat hari ini (debat) itu pun tak mampu dilaksanakan pihak sebelah sana,” katanya ketika ditemui berkempen bersama Timbalan Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Juwairiya Zulkifli di Hulu Kelang, tengah hari tadi.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh pula berkata, pengundi di DUN Hulu Kelang wajar memilih wakil rakyat wanita yang berwibawa dan rajin berkerja.

“Kita nak tampailkan wakil rakyat wanita yang berwibawa. Tampilan kita melalui idea dan hujah, bukan melalui 3R (kaum, agama, raja) dan lain lain.

“Saya harap pengundi di Hulu Kelang melihat dari segi kepentingan Kerajaan Negeri dan Persekutaun yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar,” katanya lagi.



No comments: