Maaf cakap


Nur Firdaus.


Saya secara peribadi tidak boleh terima cara mohon sumbangan maahad, pembinaan masjid dan tahfiz yang menggunakan NADA SEDIH serta RAIH SIMPATI dalam iklan mereka.


Tolonglah bangkit. Ingat kata-kata Abdullah bin Rawahah r.a ketika memberikan semangat kepada tentera Mu'tah, "Kita berperang kerana Islam yang dengannya kita DIMULIAKAN!"


Tolonglah bangkit. Bila kita bina sekolah, bermaksud kita sedang membina sebuah "pusat kecemerlangan dan pembentukan bakal-bakal penggerak dunia". Yang buka tahfiz, kamu sedang bina "pusat pembentukan pembawa kalam Allah, para penjaga Al-Quran". Yang buka maahad, kamu sedang bina "pusat pembentukan ulama muda dan pakar syariah". Yang bina masjid, kamu sedang bina "pusat nukleus masyarakat untuk ibadah, pendidikan dan kebajikan."


Mengapa guna nada sedih?


Mengapa ditonjolkan video keuzuran, runtuh, berlumut, anak-anak tidur atas lantai? Inikah rupa yang layak untuk pusat-pusat tersebut?


Gunakanlah nada semangat. Penerangan kena konstruktif, biar orang nampak jelas bahawa yang akan dibina ini bukan calang-calang tempat, tetapi tempat lahirnya bakal penjaga al-Quran, bakal ulama, bakal pakar-pakar bidang dan seumpamanya.


Terangkan visi dan misi betul-betul. Bagi orang faham bahawa sumbangan ini adalah utk MEMBANGUNKAN AGAMA DAN ANAK-ANAK KITA. 


Jika guna nada sedih, maka ia lahirkan penderma yang selfish. Derma supaya lepas azab neraka. Derma supaya terbina mahligai di syurga. Itu yang jadi derma sekali sahaja. "Oklah tu, ustaz kata RM2.00 dapat satu bata di syurga."


Bila kita terangkan matlamat dan nada motivasi, maka orang akan bersemangat untuk terus menderma sepanjang hayat, sbb dia tahu dari duit dialah akan lahirnya tokoh-tokoh di masa hadapan.


Kadang-kadang rasa terhina dengan sebagaian iklan yang terlalu mendayu raih simpati. Macam Islam ini miskin sangat.


Fikirlah betul-betul, orang lain akan anggap orang Islam tiada semangat membangunkan manusia, tapi sekadar untuk melepaskan akhirat masing-masing.


Pahala itu belum tentu kita dapat. Banyak juga ujian untuk kekalkannya.


Tapi kalau berniat untuk bangunkan agama dan bangsa, insyaallah lebih mudah menjaga keikhlasan, dan di situlah sebenarnya jaminan pahalanya.


Harvard dan hampir semua university Ivy League terbina atas sistem waqaf (endowment). Berbilion dollar mereka ada, macam2 mereka boleh buat. Sebab ada ramai fund?


Sebab U U ini sentiasa bentang visi mereka, apa yang mereka nak capai dan lahirkan. Orang confident, orang terus fund.


Kita Islam. Lagilah ada satu kelebihan. Setiap yang kita fund itu ada nilaian akhirat, malah diganda-gandakan oleh Allah.


Tukarlah cara dan gaya kita.