Gino Marvela.
Perlu ingat, kontrak lanjutan bg Peguam Negara & ketua SPRM itu di lanjutkan dalam tempoh pemerintahan Yang Di Pertuan Agong semasa/terkini.
Kelak akan ada penggantian YDPA yg baru, akan ada sesi lantikan yg baru. Juga ada antara lain yg turut alami lantikan baru. Sebelum semuanya terjadi, kami akan turun padang terlebih dahulu.
Ya, mungkin terpaksa bersabar sikit. Yg ada keliling Anwar itu, kebanyakannya penasihat yg wujud dari zaman 3 PM terdahulu. Kebanyakannya memegang jawatan dlm kerajaan. Nak tukar semua, kami sendiri akui Anwar berada dlm tekanan.
Kerna itu kalian lihat Anwar ke sana sini ibarat mcm dia saja yg bekerja sendiri. Bukan tidak ada penasihat yg baik di sekeliling Anwar, ada...mmg tetap ada. Cuma dalam posisi 8 bulan nak ubah semua, segalanya terbatas.
Oleh itu, pembaharuan dalaman itu di buat secara berhati2. Nak perkuatkan SPRM & bidang kuasa perundangan, ambil sedikit masa. Pertamanya PH dh buat melalui perubahan di PDRM itu sendiri.
Keduanya, ibarat tarik rambut dlm tepung. Anwar tak buleh rentap semua. Ada yg berjawatan kerajaan tp kiblat kpd siapa yg mereka rasakan buleh teruskan agenda tebuk & korup.
Kerajaan Perpaduan ambil inisiatif hal kebajikan & kenaikan gaji terlebih dahulu. Banyak perubahan di buat secara dalaman, tidak di beritahu kpd umum. Malangnya, dgn pelbagai inisiatif kerajaan dr pelbagai skim yg di umumkan...rakyat juga tak mengetahui.
Apa...bagaimana & di mana silapnya!
J-Kom umpamanya, kami tidak salahkan 100% kpd sdra Agus. Ketika awal sdra Agus di pilih pun, ramai sangat yg nak posisinya. Dah lah peruntukan tidak ada, agensi JKom ini pula hanya berfungsi sbg sebaran komunikasi yg terbatas.
Bukan tidak ada sebarang usul/kertas kerja kepada pemimpin kerajaan. Memang ada, tp sekali lg sumber perolehan terbatas. Nak minta sumber pula, perlu hadap tangan atas tangan, baru sampai ke PM. Bila ada sumber pula, kementerian lain (komunikasi digital) pula yg ambil utk program mereka. Jadi...itulah posisi J-Kom dan dilema yg mereka hadapi sekarang.
Idea & inisiatif itu banyak, tapi setakat banyak itu sajalah yg ada. Tak buleh berbuat apa2. Bertambah malang lg, pihak pembangkang mengembeling belanja yg begitu besar dlm promosi agenda mereka. Tiktok, Fb, Youtube...dan kebanyakan influencers mereka di jaga baik & di bayar. Kerana mereka tahu, mereka tak buleh sampai ke sasaran...maka cara pendek ialah belanja besar di sosial media dimana setiap rakyat guna smartphone.
Sewaktu covid, seluruh rakyat terpaksa beli smartphone/telefon pintar. Nak masuk pasaraya beli ikan pun guna scan barkod. Nak pergi umrah & haji pun guna scan barcode. Apatah lg sbg bukti vaksin, di paparkan dari apps.
Muhyiddin & pembangkang lain, tahu mereka tak buleh sampai ke bawah sasaran...mereka berbelanja puluh juta utk hal tersebut hanya menggunakan iklan media masa tv, sosial media & bayaran influencer.
PH dan Perpaduan, dok mengembeling tenaga tukar/perbaharui institusi dalaman. Ya, akan ambil masa dan tenaga.
Fahmi yg memegang portfolio Kementerian Komunikasi & Digital umpamanya, hanya ikut atas kaki apa yg buleh, apa yg tak buleh. Contohnya kalau saluran tv asyik dendangkan pembangkang saat rakyat tahu kroni2 media, Fahmi hanya buleh cakap itu sykt swasta dan tidak terkait kerajaan...yg buleh di buat hanya nasihat ja.
Bagi kami, itu lembik sebenarnya.
Kerajaan memegang lesen penyiaran, bermaksa kerajaan punya hak kuasa memberi & membatalkan lesen penyiaran. Masaalahnya, takut nak guna. Di takuti jadi kuku besi & kebebasan media.
Maka pihak pembangkang memperkotak-katikkan kerajaan sebegitu saja. Hinggakan jawatan PM anwar pun di kepala bapakkan oleh pembangkang, inilah kelemahannya.
Isu undi 18 yg Syed Saddiq bawa, dia lepas tangan. Apa yg dia buat, nak jadi juara ja. Nurul Izzah & Hanna Yeoh sbg penyokong utama. Akhirnya undi 18 makan diri akibat tiada sesi mendidik anak2 ini. Mereka ghairah alam dunia mereka saja, maka peluang emas pembangkang pergunakan senjata ini.
Akhirnya, siapa yg salah ? Apakah perlu kita menuding sesama sendiri ?
Kami akui, PH bersama kerajaan perpaduan ini ada kelemahannya. Sdra anwar, Loke , Rafizi berjaya uruskan situasi getir dlm negara. Tapi menteri yg lain ?
Seperti yg Nurul Izzah kata semalam, komunikasi perlu di perbaiki. Itu kami akui, jentera komunikasi kita lemah.
Oleh itu, setiap barisan para menteri seharusnya dh mula berbuat sesuatu. Dah perlu utk menyaring taring, mentaliti pemikiran rakyat Malaysia ini di takuk lama, maka wajiblah jadi tegas & garang.
Tegas, garang & agresif itu tidak jadi beban apabila kita masih mengutamakan nilai murni & tatakelola yg baik tanpa rasuah & penyelewengan.
Tapi yg ada kini, masih takut2 nak beraksi. Takut jadi kuku besi, takut jadi media tak bebas. Tak bebas bagaimana lg jika ada ust popular dari pantai timur di beri tauliah sebaliknya ust dari PH sendiri tidak di beri tauliah atas sebab tak popular.
Sekali lg, dah buleh turun buat sesuatu. Mereka (pembangkang) mempergunakan kelemahan PH & kerajaan perpaduan.
Persoalannya...bukankah PH & Kerajaan Perpaduan itu sendiri dah duduk sbg institusi penting mentadbir negara Malaysia. Jadi mengapa masih letih & lesu ? Dah kamu jadi Kerajaan, maka beraksilah sbg set2 pentadbiran yg memerintah.
Kamu bukan lg berada dlm denial syndrome era pembangkang puluhan tahun, mulalah perkukuhkan setiap kesatuan & agensi mengikut corak struktur tadbir PH itu sendiri.
Jabatan Kerajaan akan tetap berada di sana walau dari parti mana/siapa pun memerintah. Mereka (jabatan kerajaan) ini akan ikut apa yg di perintah menerusi format baru...model baru. Maksudnya mereka akan ikut arahan kalian sbg pelaksana.
Di persetankan jika mereka kata tiada kebebasan media @ kuku besi. Tempoh 5 tahun ini adalah tempoh kamu beraksi. Gunakan peluang ini sebaik mungkin. Setidaknya jahat kamu bukan nak mengebas harta negara & hasil cukai rakyat, sebaliknya jahat & tegasnya kamu itu utk bersihkan kekotoran puluhan tahun negara ini berada dalam kegelapan di zaman yg lama.
Zaman ini (2022-2027), zaman kamu memerintah. Oleh itu, jadilah & bekerjalah kamu sbg pemerintah, bukan berada sbg diri yg di perintah.
Yang berkarya:
Gino Marvela