ROMBONGAN KERAJAAN DIRAIKAN DI VIETNAM








Saya, Azizah dan delegasi Malaysia diraikan dalam majlis makan malam sempena lawatan rasmi ke Vietnam oleh Perdana Menteri TYT Pham Minh Chinh dan isteri.

Dalam ucapan, saya zahirkan penghargaan kerana lawatan pada kali ini membuahkan hasil yang positif.

Semoga kerjasama antara Malaysia dan Vietnam ini dapat terus diperkukuh sekali gus membawa manfaat bersama kepada kedua-dua buah negara.

Saya turut mendoakan agar PM Chinh dan keluarga diberi kesihatan yang baik.

#MalaysiaMADANI