PULAU MUTIARA- NAK TRY KALIH?

 

PULAU MUTIARA- NAK TRY KALIH? 

 

1. Nampaknya ada ops khas oleh PN, untuk take over Penang. Sanusi bawa naratif pada mulanya, katanya Penang itu Kedah yang punya. Semalam, geng Kluster Mahkamah terbaru, TSMY pula umum, PN boleh menang 20 kerusi negeri. 

 

2. Bagi pemerhati politik seperti saya, dari segi psywar ini brilliant sekali. Mereka tahu dalam PRN 6 negeri, mereka akan paling kalah teruk di Penang. Makanya, naratif nak tawan Penang dibuat dari awal. Bagi pihak lawan kelam kabut, dan defensive. 

 

3. Tapi mampukah PN berbuat begitu? Kata mereka ada 15 kerusi Melayu majoriti, mereka boleh menang. Lagi 5 kerusi harapkan magic dari Parti Gerakan. Katanya juga, 80% pengundi Melayu akan sokong mereka. 

 

4. Kalau ikut keputusan PRU15, PN dapat 53% undi Melayu di Pulau Pinang, diikuti dengan BN 31%. Makanya, kalau PN confident dia nak dapat 80% undi Melayu, mereka percaya, hampir kesemua penyokong UMNO akan undi mereka. 

 

5. Pada saya, super unlikely. Melayu Penang bukan seperti Melayu Kedah. Mereka lebih pragmatik. Paling kuat pun kalau ada transfer undi UMNO ke PN, setakat 10-15%. Makanya semua 15 kerusi Melayu tu susah nak jatuh. 

 

6. Kalau ikut keputusan PRU15, bila undi PH campur undi BN, sebenarnya 2 kerusi saja yang PN boleh menang. Takde la sampai 20 kerusi. Angan2 tu memang free. 

 

7. Lagi satu, yang mereka kata Gerakan boleh menang 10 kerusi. Pada saya super unlikely. Undi Cina kepada DAP, ialah 95% hari tu. Takdenya mereka  nak tukar ke Gerakan, tambah bila Gerakan join dengan PAS pula. Lagi la mereka menyampah. 

 

8. Tambahan pula, pengundi nampak ada banyak beza. Naratif PAS dan Gerakan. Satu nak pemimpin Melayu Islam take over negeri. Yang Gerakan pula canang dia boleh ganti DAP, dia juga nak Ketua Menteri. Mereka tidur sebantal tapi mimpi lain2.

 

9. Kepada pengundi atas pagar, ini yang saya boleh bicara. Kena tahu, populasi Melayu di Penang ialah 41%. Kita nak ada wakil orang kita juga ada dalam Kerajaan. 

 

10. Sekarang kita tahu sembang PN nak rampas Kerajaan negeri ini mustahil. Makanya kalau kita undi mereka, hatta mereka menang pun di kawasan kita, mereka tetap jadi Pembangkang jua. 

 

11. Satu perkara kita kena hadam, kalau semua kerusi PHBN wakil Melayu kalah, maknanya, Kerajaan Negeri akan dipimpin 100 peratus orang bukan Melayu. 

 

12. Ini pada saya tak patut berlaku, kerana ada 41% orang Melayu di situ. Takkan la EXCO agama pun DAP? Kalau saya jadi pengundi Melayu Penang, saya akan pastikan ada wakil rakyat Melayu dalam Kerajaan. Makanya saya akan pastikan wakil Melayu PHBN ramai juga yang menang. 

 

13. Saya diajar, kita mengundi bukan untuk menangkan pemimpin atau parti. Tapi kita undi apa yang baik untuk negara atau negeri. Dalam konteks Penang, saya nak komposisi kaum adil, dalam kepimpinan Kerajaan Negeri. Ada juga wakil kaum majoriti. 

 

14. Akhir cerita, saya percaya kata2 PN nak rampas Penang ini hanya psy war mereka. They want to appear strong at their weakest point. Jadi ia tinggal mimpi di siang hari…

 

Salam hormat,

Liyana Marzuki