BAPA PERPADUAN - CADANGAN YANG BAIK

 

DS Anwar pernah satukan parti yang bermusuhan lama (DAP dan PAS) di bawah satu payung (BA & PR). Kemudian satukan pula Keadilan dengan UMNO di bawah Kerajaan Perpaduan dan disertai belasan parti lain.

Sekarang, kerana DS Anwar juga para pengkhianat yang kononnya bermusuh dulu jadi bersama. PAS kutuk Mahathir, Mahathir pula kutuk Mahiaddin, Mahiaddin pernah kutuk PAS, PapaGomo pun dulu hina Mahathir.
Sekarang dah lain cerita. Sebab tak mampu nak menentang DS Anwar secara bersendirian, maka mereka semua pun terpaksalah tebalkan muka dan buat-buat hilang ingatan, berpeluk sesama mereka demi menjatuhkan DS Anwar.
Begitulah kehebatan PMX kita. Beliau layak digelar Bapa Perpaduan. Kerana beliau, sama ada secara langsung atau tidak, telah beberapa kali berjaya menyatukan pihak yang bertelagah. Bukannya kerja senang tu.
Difikirkan, memang terlalu hebat DS Anwar ni kan? Mahathir yang kononnya terer sangat pun terpaksa jilat ludahnya terhadap Mahiaddin dan PAS sebab nak lawan DS Anwar. Beruntunglah kita ada PM sehebat DS Anwar. Guane boh?

No comments: