Kenapa PAS tidak ambil peluang ketika menjadi kerajaan?



NORMAN RADZUAN






KERAJAAN PERPADUAN ANGKAT LEGASI NIK AZIZ
33 bulan PAS membentuk kerajaan bersama Bersatu dan BN…peluang yg ada PAS tidak langsung peduli utk mengenang jasa2 Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz. Samada terlupa atau sengaja dilupakan.
Anda ada membaca artikel Sinar Harian (gambar) temubual bersama Hadi Awang. Di dlm artikel itu Hadi Awang memuji kejayaan PAS memerintah Kelantan sepanjang 31 tahun tetapi disebut sepatah pun Presiden PAS itu menyebut jasa2 Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz?
Ia berbeza dgn DS Anwar Ibrahim walaupun berhadapan seterunya di mahkamah, ketika melancarkan Proton X90 beliau tetap mengiktirafkan idea Tun Mahathir membina Proton dgn mengucapkan terima kasih.
Ini menguatkan lagi kepercayaan saya seolah olah legasi Nik Aziz ingin dilupuskan dlm sejarah PAS. Apabila 6 bulan kerajaan Perpaduan memerintah, Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz terus diberi pengiktirafan dgn perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.
Tidak mengapalah kita tidak pasti mengapa PAS tidak mengangkat tokoh PAS besar tersebut ketika menjadi kerajaan. Cuma sepatutnya pujian atau terima kasih diucapkan tetapi sebaliknya berlaku apabila Ustaz2 PAS menyindir dgn kata2 yg tidak lunak didengar apabila nama Lim Kit Siang turut menerima anugerah bergelar Tan Sri.
Ia satu penghinaan kpd Tuanku yg mengiktiraf jasa2 Lim Kit Siang. Persoalannya apa salahnya? Seperti kata Lokman Adam tauke judi, taikun2 perniagaan begitu ramai menerima anugerah ini kenapa tidak dipertikaikan?
Asal DAP semua tidak boleh. Politik perkauman PAS sudah diperingkat melampau. Mereka bernasib baik ini bukan zaman Mahathir dgn ISA nya. Hak kebebasan bersuara telah disalahgunakan.
Saya tidak pelik jika level Ustaz mereka memainkan isu2 sebegini kerana pendidikan dan pergaulan mereka yg sempit tetapi apabila golongan professional di dlm PN turut memainkan isu perkauman ia sgt jahat dan sengaja mahu perbodohkan org Melayu.
Letak nama jalan bangsa Cina tak boleh, letak Menteri Kewangan Cina tak boleh, letak Timbalan Menteri Cina tak boleh dan beri pengiktirafan gelaran Tan Sri pun tak boleh…hanya kerana mereka bangsa Cina atau mereka yg ada kena mengena dgn DAP.
Sdgkan sebelum ini di zaman BN, kita ada dua Menteri Kewangan Cina, Tun Henry Lee Hau dan Tun Tan Siew Sin. Begitu juga sejak dahulu begitu banyak jalan2 diberikan kpd tokoh2 bangsa Cina seperti jalan Yap Ah Loy, Yap Kwan Seng, Tun Tan Siew Seng, Jalan Tun H S Lee dan byk lagi.
Malah nama2 bekas penjajah diabadikan di jalan2 raya utama seluruh negara. Sebab apa mereka tidak bising…tak ada political mileage.
Itulah sebabnya golongan intelektual Melayu tidak mempercayai PAS kerana mereka menggunakan isu utk kepentingan politik semata mata.
Manakan tidak bila Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS berbangsa India, Bala beritahu kpd umum dia sering bermimpi bertemu Rasulullah saw tiada seorang Ulama PAS berani menegur secara terbuka. Ia sgt memalukan dan juga saya tak boleh masuk akal ahli2 PAS tidak pertikaikan pengakuan Bala tersebut sdgkan mereka kononnya beragama.
Esok saya akn beri penerangan formula yg ampuh apa yang perlu dilakukan DAP menjelang PRN ini. Hanya DAP boleh memutihkan parti mereka yg telah dihitamkan.



No comments: