MAJLIS MESYUARAT RUNDINGAN PERPADUA N






Anwar Ibrahim.


Semalam mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan malam tadi.


Saya nyatakan bahawa persiapan antara parti gabungan Kerajaan Perpaduan bagi menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan diputuskan dalam tempoh terdekat.


Ia juga termasuk rundingan pembahagian kerusi, calon dan strategi kempen.


Bagi negeri yang dikuasai gabungan tertentu seperti Pakatan Harapan (PH) di Selangor dan Pulau Pinang, rundingan mengenai pengagihan kerusi harus dimulakan oleh kepimpinan negeri sebelum hasil rundingan itu dikemukakan kepada pusat. 


Mesyuarat semalam juga turut membincangkan penganjuran Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang diadakan pada Ahad ini.


Konvensyen ini adalah langkah gabungan parti di bawah Kerajaan Perpaduan untuk terus mewujudkan semangat kemuafakatan dalam kalangan kaum dan wilayah di negara ini. 


#MalaysiaMADANI



No comments: