APA AKAN BERLAKU BILA HADI JADI PM 11 ?

 

Ahmad Shukri Munir


Katakan lah... Tup Tap Tup Tap, Tuan Haji Abdul Hadi Berjaya menjadi PM11 bulan depan sebab dah cukup Jumlah...


Apa akan terjadi?


1. Pelaburan dari Timur Tengah khususnya Arab Saudi dan UAE tidak akan meneruskan pelaburan ke Malaysia kerana TG Hadi ni di Banned di Timur Tengah. President Erdogan pun malas nak layan Hadi ini sebab tak abis abis bertonyeh sama DSAI sahabat baik President Turkey ini. 

2. Xi Chinping Dari China "tak jadi" nak melabur 170billion Ringgit. Sebab Haji Hadi tak suka Komunis. Dan selalu menakut nakutkan Orang Melayu DAP parti Komunis. Mungkin Haji Hadi suka bersekutu dengan US Amerika. Tapi dorang pun tak nak Haji Hadi yg macam Pemerintah Taliban. 

3. European Union tak mungkin akan melayan Orang Macam Hadi. Yg Cuma tahu Bab Agama dan Kasi Fatwa ikut suka hati dia. Siapa tak undi Pas masuk neraka. Dan ramai orang akan undi sebab takut Berdosa. Mudah sekali. 

4. Menteri semua dari golongan PAS yg tak sekolah bahagian "duniawi" cuma Bahagian Agama saja yg mudah untuk Control pemikiran Orang Orang Ramai yg tak tahu dan tak mahu berfikir. Dan diantara Ustad Ustad ini, ada yg nanti akan berperang dan bergaduh dalam TikTok pasal Wahabi dan ASWJ dan Shiah. semakin haru biru. Semua kata dorang berhak Masuk Syorga. 

5. Dan Mahathir akan terus bermaharajalela dan senyum gembira kerana terlepas dari dipenjara atas sebab salah-laku dan rasuah anak anak. 

6. Dan PN dan Kluster mahkamah dan Penjenayah Taraf Menteri yg lepas akan terus menjadi pemerintah sekali lagi. 

7. Negara akan jadi FAILED State macam SRI Langka. 

8. Kesian Dia Kesian Kita semua.

Nauzubillah..