Andaikata MUDA tinggalkan Pakatan Harapan




Norman Radzuan


 Andaikata MUDA tinggalkan Pakatan Harapan

YANG RUGI MUDA BUKAN KERAJAAN PERPADUAN 


Khabar2 angin membisik ke telinga saya MUDA akan meninggalkan PH atau Kerajaan Perpaduan. Persoalannya adalah ia akn memberi apa2 kesan kpd kerajaan Perpaduan?


Dahulu ketika PRN Johor saya berpendapat MUDA mempunyai kekuatannya tersendiri berdasarkan keputusan di Larkin. Nyata saya silap dan berdasarkan perkembangan semasa MUDA seperti tidak ada nilai tambah kpd PAKATAN HARAPAN.


Ini kerana sokongan anak muda kpd PH tidak bertambah malah semakin merosot walaupun MUDA memberi sokongan kpd PH. Sdgkan MUDA yg begitu ghairah mahukan UNDI 18 akhirnya memakan diri sendiri. Lebih malangnya undi 18 tidak memihak kpd parti MUDA.


UNDI 18 KESILAPAN BESAR BUAT NEGARA


Undi 18 sebenarnya tidak sesuai utk pengundi di negara ini. Ia kerana mentaliti anak2 muda di negara ini bukan seperti di barat yg bukan sahaja negara maju tetapi pemikiran rakyatnya yg lebih kritikal.


Meletakkan anak muda seusia 18 tahun utk menentukan masa depan negara adalah kesilapan terbesar dilakukan oleh ahli2 Parlimen. Pemikiran anak muda kita di usia 18 tahun 90% bukan pemikiran kritikal dan analitikal.


Mana mungkin kita meminta anak2 muda yg seusia 18 hingga 21 tahun ini menentukan masa depan negara sdgkan mereka ini masih tinggal di rumah keluarga, makan harapkan ibu bapa yg beri, keluar sosial minta duit dgn ibu bapa, nak bayar bil Hp pun minta ibu bapa bayarkan.


Apatah mereka tidak tahu mengenai harga barang kesan dari korupsi dan mereka sendiri belum lagi derita mencari wang, peluang pekerjaan malah membayar cukai pun belum lagi utk memikirkan arah politik dan kepimpinan yg patut diperlukan. 


Mereka lebih memikirkan bagaimana utk menang bermain game di HP dari memikirkan soal rasuah dan salah guna kuasa. Jgn bual bab ekonomi tentu mereka menyampah utk mendengarnya.


MUDA YG RUGI JIKA SERTAI PN…


Saya dengar khabarnya kemungkinan MUDA akn tinggalkan PH jika mereka tiada dpt kerusi di DUN terutama di Selangor. Mereka juga sgt berkecil hati kononnya PH tidak melayani mereka sewajarnya terutama melibatkan mesyuarat tertentu Kerajaan Perpaduan.


MUDA kena akui mereka juga ada silapnya. Mereka sendiri sombong apabila tidak mahu menggunakan logo PH dlm PRU15.  


MUDA perlu mencontohi UPKO yg telah teruji kesetiaan menyertai PH sebelum secara rasmi menyertai pakatan itu pada Ogos 2021 lalu. UPKO bukan sahaja berdepan dgn peristiwa Langkah Sheraton, malah telah bersama pada PRN Sabah.


Berbeza dgn situasi PRN Johor apabila MUDA  melanggar kerusi yg ditandingi calon PH dari PKR. Tindakan MUDA itu telah menghakis kepercayaan anggota parti dan komponen pakatan itu malah penyokongnya juga.


Jadi MUDA tidak boleh hanya menuding jari kpd Pakatan Harapan. MUDA perlu masa utk membuktikan kesetiaan dan gerak kerja parti parti utk mereka dilihat memberikan impak atau tambah nilai kpd Pakatan Harapan.


Cuma saya ingin bertanya adakah anak2 MUDA sudah memikirkan semasak masaknya jika mereka berhasrat utk meninggalkan PH?


Saya melihat pilihan yg ada jika MUDA meninggalkan PH ialah dgn menyertai PN utk survival politic strategy mereka. Persoalannya ideologi politik PN langsung tidak sesuai dgn MUDA.


MUDA dilihat membawa politik pelbagai kaum dan parti ini penerimaannya dari kelompok anak muda kawasan bandar atau anak muda intelektual yg mana ia adalah sokongan dari pengundi2 Pakatan Harapan.


Jika MUDA memilih utk bersama PN ada beberapa persoalan yg ingin diajukan. Pastinya PN akn memberi kerusi kawasan bandar yg sememangnya di kuasai Pakatan Harapan. Kedua adakah MUDA ingin dilabel sebagai parti perkauman dan ekstrimis agama? 


Syed Saddiq anak muda berbakat. Jujur Syed Saddiq, KJ, Nurul Izzah, Shahril dan Rafizi antara anak muda yg bijak dan pemimpin masa depan negara malah aset negara jika mereka ini jujur utk reform negara ini.


Cuma partinya kena buktikan dahulu kesetian dan perjuangannya utk reform negara ini bersama PMX. Mereka juga kena buktikan dgn tindakan yg lebih agresif bagaimana utk menarik anak2 muda utk bersama sama mengubah negara ini bersama PH. Persoalannya adakah ia sudah dilakukan?



No comments: