FAHAMI SISTEM PENTADBIRAN








FAHAMI SISTEM PENTADBIRAN

Menjelang Pilihan Raya Negeri, PAS sedang bersungguh-sungguh membina naratif “Kelantan/Terengganu dianaktirikan”.

Sebab itu PAS giat mempertikai cara bantuan banjir RM50 juta / RM100 juta disalurkan.

Hakikatnya sejak dulu lagi segala peruntukan yang turun daripada Kerajaan Persekutuan untuk mana-mana negeri di Malaysia akan diurus dan disalur melalui agensi-agensi dan entiti-entiti Kerajaan Persekutuan seperti Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.

Ianya tidak terhad kepada Kelantan dan Terengganu.

Ianya terpakai ke atas semua negeri-negeri termasuk Sarawak, Johor, Selangor, Kedah, Melaka, Kuala Lumpur dan sebagainya.

Ianya tidak terhad kepada bantuan banjir.

Ianya terpakai ke atas urusan-urusan lain seperti pemantauan projek sakit, program-program pembasmian kemiskinan tegar, projek-projek pembangunan dan sebagainya.

Malah ketika PAS menjadi sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan di antara tahun 2020 sehingga tahun 2022, sistem yang sama digunapakai oleh Kerajaan Persekutuan yang dianggotai oleh PAS.

Sebagai contoh, pada hujung tahun 2021, suatu banjir besar bernama Monsun Timur Laut 2021/2022 telah berlaku.

Ismail Sabri yang merupakan PM pada ketika telah mengumum Bantuan Banjir Keluarga Malaysia bernilai RM1.4 bilion.

Dana tersebut telah diurus oleh agensi-agensi dan entiti-entiti Kerajaan Persekutuan seperti ICU JPM.

Tidak pula PAS mempertikai pada ketika itu?

Tidak pula PAS tuduh Kerajaan Persekutuan yang dianggotai sendiri oleh PAS menganaktirikan Kelantan Terengganu?

Pada hujung tahun 2022, sebuah banjir berlaku lagi di Kelantan Terengganu selepas Pakatan Harapan mengambil alih Kerajaan Persekutuan.

Maka kaedah yang sama digunapakai, iaitu pengurusan dana melalui agensi dan entiti Kerajaan Persekutuan seperti ICU.

Tiba-tiba walaun jerit “Kelantan Terengganu dianaktirikan”.

 

ADRIAN LIM


No comments: