PKR BERKUNJUNG KE PERKAMPUNGAN ORANG ASAL LANCHANG


Saudara Rosli Ismail Pengerusi DUN Lanchang menyampaikan bantuan kepada keluar orang asal yang susah.

PKR Temerloh bergerak terus dengan melakukan  kunjungan ke Perkampungan orang asli di Kg Leleh Lanchang,  Pahang.

Bertemu satu keluarga yang susah,  rumah sudah uzur,  seakan menanti rebah.ibu dan anak-anak deman.

Pihak PKR yang diketuai oleh Sdr Rosli  menhulurkan sedikit belanja dan  membawa mereka ke klinik kesihatan di Pekan Lanchang.

"Saya diberitahu oleh Idah (ibunya ) bahawa anak perempuannya bermimpi dia dapat tilam dan bantal".

Jadi keesokan harinya kami datang semula dengan membawa 2 buah tilam dan 2 buah bantal bersama beras dan sedikit keperluan dapur.

Mendengar cerita sedih keluarga ini dimana ,  kekadang mereka makan tepung dengan berkuahkan garam saja.

 

Susulan dari lawatan tersebut, Pihak kami bekerjasama dengan Ngo Bidadari , mengadakan program dengan kaum hawa,dimana kami  memberikan penerangan berkaitan kesihatan diri wanita dan keluarga.



Dalam program lawatan itu juga ,pihak pihak PKR dan NGO Bidadari  mengadakan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak , memberikan kesedaran tentang kesihatan dan  bagi memberi ruang beramah mesra dan pengetahuan kesihatan  kepada kaum ibu dan anak-anak  perempuan khasnya dan seluruh penduduk orang asal dikampung tersebut

Selain khidmat kesihatan dan penerangan pihak kami juga  menyumbang sedikit barang makanan dan keperluan harian dan juga menyumbangkan pakaian terpakai yang masih cantik dan bersih.Kami menerima sambutan yang sangat meggalakkan.

 

Sehubungan dengan program tersebut,  kami dipelawa untuk buat perkara yang  sama di perkampungan orang asli yang lain pula bersama dengan NGO Bidadari.


Sdr Rosli Ismail menyampaikan bantuan makanan kepada penduduk kampung orang asal.




Mengadakan program bersama kanak kanak orang asal dalam pertandingan mewarna.