ZAMAN PH DULU TAK ADA LAH KECOH MACAM GINI-BAGI KEPADA DERIS SAGON. TAK SAMPAI SETAHUN LAGI...DAH KECOH..SEMBANG KENCIN KATA 5 HARI SELESAI ..WEYYYY...NI APA DIA NIH...

 



Jemaah terkandas: Polis sahkan terima 23 laporan setakat ini






Ketua Polis KLIA Imran Abd Rahmah berkata, pihaknya telah menemu bual pemilik agensi pelancongan terbabit secara lisan dan merekod keterangan individu terbabit. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Polis mengesahkan telah menerima 23 laporan berkait kejadian jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setakat tengahari tadi, kata Ketua Polis KLIA Imran Abd Rahman.

Menurut Imran, laporan itu dibuat di beberapa balai di seluruh negara namun polis belum memperoleh maklumat tepat mengenai jumlah sebenar jemaah terkandas.

“Laporan dibuat di beberapa balai polis seluruh negara termasuk Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA, Setapak dan Temerloh,” katanya menurut laporan Berita Harian.

“Kita belum pasti insiden ini ada elemen penipuan atau sebaliknya dan kita sedang menjalankan siasatan lanjut dalam segala aspek termasuk elemen jenayah.”

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Imran juga memaklumkan, polis telah menemu bual pemilik agensi pelancongan terbabit secara lisan dan merekod keterangan individu terbabit selepas menerima aduan jemaah yang terkandas.

Dalam pada itu, katanya, semalam berlaku sedikit kekecohan apabila jemaah mendapati mereka gagal berangkat ke Tanah Suci namun anggota polis bertugas berjaya mengawal keadaan.

Semalam, kira-kira 380 bakal jemaah haji terkandas di KLIA, dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan.

Mereka berkumpul di Aras 5, Balai Pelepasan KLIA dipercayai menggunakan visa furada untuk menunaikan haji dan tidak melalui Lembaga Tabung Haji (TH).

Visa furada ialah visa yang diuruskan sendiri dan dilaporkan dikeluarkan oleh Arab Saudi, tanpa membabitkan jumlah kuota yang diperoleh TH.

Awal hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci mengenai isu hampir 400 bakal jemaah haji terkandas di KLIA.

Mengambil maklum isu berkenaan, Idris berkata, sekiranya terdapat sebarang unsur penipuan, pihak terbabit perlu dibawa ke muka pengadilan dan diberikan hukuman yang setimpal.

No comments: