HANYA 3 INSAN INI YG SAYA PERCAYA LWN RASUAH

 Akhirnya kerosakan negara telah berlaku dan dirasai

HANYA 3 INSAN INI YG SAYA PERCAYA LWN RASUAH


Norman Radzuan




Saya tak perlu sebenarnya sibuk2 dgn politik. Tak perlu juga sibuk2 nak menulis saban hari utk ingatkan rakyat Malaysia bahaya dan bahananya rasuah menggila ini. Dah lama beritahu tapi org kita percaya org yg korup berbanding org yg amanah.


Akhirnya kini segala kerosakan itu telah  berlaku dan dirasai dan bebannya ditanggung rakyat. Manakala pemimpin2 itu berjuta simpanannya. Dlm hati tertanya tanya kenapa mudah sgt bangsa ku ditipu?


Jujur saya beritahu utk selamatkan Malaysia kena hapuskan rasuah. Saya hanya percaya 3 insan di foto ini utk mengubah nasib Malaysia. Utk melawan rasuah hanya mereka bertiga ini sahaja yg mampu lakukan. 


Yg lain mcm2 didengar tapi Anwar dari dulu sampai skg tiada satu kes pun sebab itu bila dia jerit reformasi sampai ke dalam hati kita. Rasa keikhlasan hatinya…  cakap serupa bikin.


Lihat sahaja Mahathir tuduh Najib korup, Najib tuduh Mahathir korup, Najib kata Muhyiddin korup dan Muhyiddin kata Najib korup….Zahid jgn katalah.


Jadi kenapa Anwar?

Mahathir, Najib, Muhyiddin dan Zahid Hamidi tak pernah kata Anwar makan rasuah. SPRM tak pernah dakwa seringgit pun Anwar makan duit rakyat… 


Anwar sudah buktikan hampir 10 tahun menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri 1 ekar tanah rakyat dia tak ambil. 


Itu sebab 22 tahun saya secara peribadi berjuang utk dia jadi PM bukan sebab jawatan tersebut utk dirinya tetapi sebab dia sahaja yg mampu ubah nasib Malaysia. 


Saya pilih Anwar kerana dia konsisten, berprinsip dan berintegriti. Saya pilih (sokong) Rafizi menjadi Tim Presiden sebab org muda sepertinya dgn ideologi politiknya, proaktif dan kaya dgn formula. 


Gabungan kedua ini Insyallah mampu mengembalikan yg haqq iaitu menafikan segala bentuk pendustaan, pembohongan, kepura puraan, keraguan dan kebatilan.