DULU PUN KAU KUAT HENTAM PH BAGAI...SEKARANG KENA SEMULA PADA KELUARGA KAU...JANGAN LEBIH LEBIH DALAM SESUATU PERKARA

 


Tular video Syafi Tee berkelakuan tak senonoh, akhirnya Ridhuan Tee buka mulut



Tular video Syafi Tee berkelakuan tak senonoh, akhirnya Ridhuan Tee buka mulut



Video tular memperlihatkan seorang lelaki yang did.akwa anak kepada penceramah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah iaitu Syafi Tee mengundang kecaman.

Menerusi video berdurasi 26 saat itu, individu berkenaan dilihat berkelakuan kurang sopan.

Video yang tular di TikTok itu turut memaparkan Instagram wanita yang dipercayai kekasih pelakon tersebut memandangkan terdapat gambar mereka berdua digunakan sebagai gambar profile.

Malah, menerusi rakaman tersebut, video mereka itu dimuat naik dari akaun Instagram wanita tersebut dengan kapsyen my memory syafitee.

Bagaimanapun usaha untuk mendapatkan kepastian dan kenyataan daripada Syafi gagal apabila aktor itu tidak membalas mesej dan menjawab panggilan telefon.

Sehingga kini juga sedang berusaha untuk mendapatkan kenyataan daripada bapanya, Ridhuan Tee berkenaan dengan video anaknya yang sedang tular.

Prof Ridhuan Tee Tampil Dengan Kenyataan Berikut

Pend.akwah dan penceramah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah akan terus bersuara menjalankan tugas menegur pihak yang melakukan kes.alahan walaupun anaknya yang juga pelakon, Syafie Tee terpalit dengan kontroversi panas.

Ridhuan berkata, dia bersyukur dan berterima kasih kerana ramai yang mengambil berat mengenai dia dan anaknya.

Sehari dua ini heboh dan viral habis cerita anak saya dan dibabitkan dengan saya. Maaf, atas kesibukan tugas seharian. Saya tidak dapat memberikan kenyataan dengan pantas

Saya bersyukur dan berterima kasih kerana ramai yang mengambil berat. Ramai yang sayang saya dan keluarga saya. Kepada yang bersama saya, memberikan nasihat, menegur cara baik, moga Allah merahmatimu. Kepada yang bertepuk tangan dan bergembira, terima kasih juga seadanya.

Saya akan terus menjalankan tanggungjawab amarmakruf nahimungkar walaupun ia berlaku kepada anak sendiri. Umat Islam hari ini terutama anak-anak Melayu Islam kita perlu diselamatkan walaupun yang terpaksa diselamatkan itu anak sendiri, katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Ridhuan berharap ujian yang menimpanya juga menjadi pengajaran buat semua pihak.

Benar sekali, Iman tidak dapat diwarisi. Tidak dapat dijual beli. Moga semua ini tidak terjadi kepada kalian semua. Ya, saya akui saya ada kelemahan. Saya tidak sempurna. Sedangkan NabiNuh pun tidak mampu untuk menyelamatkan anaknya, inilah pula diri saya, hamba Allah yang hinadina ini.

“Saya sudah melakukan yang terbaik untuk semua anak saya seramai enam orang. Begitu juga saudara mara saya. Selebihnya saya berserah dan p.asrah,” katanya, memetik laporan Harian Metro.

Ridhuan berkata, Syafi memang meminati bidang seni sebaik dia tamat belajar. Katanya, sebagai bapa, dia sudah menasihati Syafi mengenai bidang yang dipilihnya itu.

“Saya juga menceburi bidang seni sejak memeluk Islam lebih 30 tahun lalu. Cuma bezanya seni saya adalah seni artis ilmuan, manakala anak memilih seni hiburan.

“Ujian datang dan pergi. Semakin kita diuji, kita menjadi semakin kuat, bukan semakin lemah. Jangan kerana ujian ini, menjadikan kita kecewa dan alpa akan tanggungjawab kita sebenarnya,” katanya.

No comments: