9 Mei 2018 Umno BN dah kalah dah. Rakyat dah tolak kerana amalan korup mereka dan tidak amanah dalam menjaga amanah rakyat.
Malah dalam 5 PRK selepas tu pun rakyat tetap tolak Umno BN ni.
Cuma Umno BN kembali bernafas bila Pas mula muncul secara terbuka memberi nafas baru kepada mereka. Rakan lama Pas dalam Gagasan Sejahtera; Parti Ikatan, Parti Barjasa dan Parti Cinta Malaysia kena tinggal macam tu saja tanpa ada surat cerai.
Dulu sebelum pilihanraya bila kita kata Pas ada skandal dgn Umno, teruk masa tu kita kena maki balik. Lps PRU barulah mengaku.
Bila bersatu Pas dan Umno ni, isu perkauman dan agama terus dimainkan dengan cukup teruk. Sampaikan orang memandu mabuk pun kerajaan PH yang kena maki. Sajat curi pakai kain kana solat di mekah pun Menteri agama PH yang kena sumpah seranah.
Adakah sekarang dah takdak pemandu mabuk? Adakah sekarang Sajat dah jadi jantan sejati dah? Adakah sekarang dah takdak orang mulut celupar maki bangsa dan agama orang lain? Ada jugak… cuma sekarang diorang buat senyaplah… sesenyap kes arwah Adib.
Hasil usaha gigih Pas, ditambah pula pengkhianatan dalam PH, Umno BN kembali bernyawa. Dah jadi ketua kerajaan hari semula dah. Rasuah jawatan dalam kerajaan dan glc dibuat secara terbuka dan tanpa segan silu, semata-mata utk tumbangkan Kerajaan PH.
Cuma skrg timbul masalah sebab Umno, PPBM, Geng Azmin (PBM?) dan Pas semua target bertanding kerusi majoriti melayu. Tak target nak lawan di kerusi DAP pun. Sebab kerusi DAP biasanya MCA, Gerakan atau MIC yang bertanding. Cakap kata nak lawan DAP tu cakap politik saja.
Contohnya Menteri Pendidikan dan Menteri Komunikasi sekarang dua-dua dari parlimen yang sama. Tu tak masuk geng Pas atau geng Azmin di Kelantan yang dari parlimen yang sama.
Sekarang ekonomi negara dan rakyat huru-hara. Harga barang melambung naik tak terkawal. Pelabur besar lari ke negara lain yang politiknya lebih stabil. Matawang RM jatuh dan terus jatuh. Bahana pengkhianatan mandat rakyat.