LOW CLASS PUNYA KERAJAAN APABILA GAGAL MENGURUSKAN BENCANA BANJIR

 



Tak capai standard, kurang fokus, ahli ekonomi kritik cara kerajaan tangani banjir




Bencana banjir perlu ditangani dengan kejelasan dalam rantaian perintah dan pelaksanaan tugas, kata Carmelo Ferlito.

PETALING JAYA: Ahli ekonomi mengkritik cara kerajaan menguruskan banjir baru-baru ini kerana tidak mencapai standard yang dijangkakan di negara yang dilanda bencana itu setiap tahun.

Carmelo Ferlito daripada Pusat Pendidikan Pasaran berkata, Putrajaya menangani bencana ini dengan fokus yang terhad, manakala Geoffrey Williams dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia bercakap mengenai jaringan keselamatan sosial yang “langsung tidak wujud” bagi mangsa.

Ferlito berkata, kejelasan dalam rantaian perintah dan pelaksanaan tugas diperlukan.

“Selama dua tahun, politik tempatan hanya fokus kepada Covid-19, mengabaikan hakikat bahawa terdapat pelbagai bahaya lain,” katanya kepada FMT.

Carmelo Ferlito.

Beliau menyeru kesegeraan dalam melaksanakan pembaharuan politik dengan berkata, para pemimpin kini nampaknya hanya mampu melihat “sebahagian kecil daripada realiti yang kompleks”.

Williams berkata, banjir yang melanda baru-baru ini menyerlahkan kelemahan dalam dasar, infrastruktur dan pengurusan tindak balas bencana.

Beliau menyentuh khusus mengenai keperluan wujudnya sistem untuk memberi kelegaan kepada mangsa banjir.

Geoffrey Williams.

“Ia tak patut wujud dalam bentuk sistem sekali beri, ad hoc atau kebergantungan kepada amal jariah. Sebaliknya, perlindungan sosial mesti menerapkan sistem yang membolehkan (pemberian) bantuan tunai langsung kepada mereka yang terjejas,” katanya.

Beliau mencadangkan Malaysia mengikut contoh Jepun, yang terkenal dengan dasar dan sistem tindak balas bencana terhadap gempa bumi dan tsunami yang berkesan.

“Di Jepun, pendekatan pengurusan melibatkan tindak balas bersepadu yang dibiayai dengan baik dan penyelarasan antara semua agensi di peringkat kebangsaan dan tempatan,” katanya.

Juita Mohamad.

Juita Mohamad, felo di Pusat USAsia Perth berkata, kajian menyeluruh ke atas projek pembangunan adalah penting untuk menentukan kesan banjir terhadap ekosistem dalam jangka sederhana hingga panjang.

“Latihan berpandangan jauh perlu dilakukan secara berkala dan agensi kerajaan mesti melabur dalam sistem amaran awal banjir di setiap negeri,” katanya.

“Dengan cara itu, jika berlaku (bencana), kita boleh mengerahkan misi menyelamat dengan pantas, tepat pada masa dan berkesan,” katanya.

No comments: