HAMZAH RIE NA
https://www.facebook.com/100044398390456/posts/469438577879418/
Isu enam kolam takungan banjir yang telah diberi milik kepada
syarikat-syarikat pemaju di antara 2015-2020 telah disiasat Ketua Audit Negara.
Laporan ini telah diterbit dan boleh dimuat turun di https://www.audit.gov.my/.../LKAN2019-Siri-2-Aktiviti...
Beberapa dapatan penting telah direkod Ketua Audit Negara:
1) Ketua Setiausaha Negara pada 2015 “telah bermesyuarat untuk
mempertimbangkan syarikat-syarikat yang berminat memajukan Kolam Takungan
Banjir Sg Jinjang (KTBSJ, salah satu dari 6 kolam takungan banjir yang telah
diberi milik untuk dibangunkan);
2) Mesyuarat Jawatankuasa Tanah WPKL pada 9 Oktober 2015 telah
“bersetuju membatalkan perizaban (KTBSJ)… bagi membolehkan kelulusan
pemberimilikan seluas 80 ekar diberikan kepada Syarikat 971210-P untuk
pembangunan bercampur”; dan
3) Jabatan Pengairan dan Saliran WPKL (JPSWPKL) pada 6 dan 29
Jan 2021 telah “menyatakan isu-isu berbangkit perizaban Tanah Persekutuan.
Turut dinyatakan hasrat JPS agar kolam takungan banjir dapat dirizabkan hanya
untuk tujuan kolam takungan banjir DAN TIDAK DIBERI MILIK KEPADA PIHAK KETIGA”.
Soalan:
1) Siapakah Ketua Setiausaha Negara yang dimaksudkan bagi KTBSJ
ini? Pada 2015, KSN adalah Tan Sri Ali Hamsa.
2) Siapakah ahli-ahli mesyuarat serta pengerusi mesyuarat
JKTWPKL yang dinyatakan dalam laporan Ketua Audit Negara ini, yang telah
membolehkan kelulusan pemberimilikan kolam takungan banjir ini?
3) Mengapa pandangan JPSWPKL berhubung cadangan pembesaran kolam
takungan banjir pada 8 Ogos 2015 tidak diendahkan?
4) Mengapa hasrat JPS - agensi teknikal yang kompeten dalam hal
ini - agar kolam-kolam takungan banjir tidak diberi kepada pihak ketiga tidak
dihirau?
Tidak perlu siasatan yang bermula dari zero.
Sesiapa yang ingin menyiasat serta mengambil tindakan ke atas
mereka yang telah membolehkan penjualan kolam-kolam takungan banjir ini boleh
rujuk Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 2.
Tapi ingat, siasatan Ketua Audit Negara ini hanya menyentuh SATU
DARI ENAM kolam takungan banjir yang dinyatakan!
FAHMI FADZIL
Ahli Parlimen Lembah Pantai
Pengarah Komunikasi KEADILAN Malaysia