Saya amat tertunggu keputusan prn melaka
Saya juga berdoa supaya semua parti bertanding kerana kita nak tau apa ada dalam pemikiran rakyat
Jika umno bersendirian seperti sedia kala kita nak tengok berapa kekuatan mereka ada dan belum tentu umno kalah teruk dan juga belum tentu menang juga
PH di katakan lebih untung jika ada pertandingan banyak penjuru,betul ke untung,kerana PH pernah memerintah 22 bulan dalam keadaan tidak begitu gembirakan rakyat,apakah pengundi pru 14 lalu masih yakin pada PH pun kita tak tahu
Bersatu dan Pas akan bersama tapi apakah cukup kuat untuk menang kerana Bersatu dan Pas juga di beri peluang 18 bulan jadi PM akhirnya rakyat tidak pula gembira dengan Tan Sri Muhyudiin kerana dia ada imej Gagal bersamanya sekarang x foktor untuk PN sudah tak ada...
Jadi Prn melaka adalah gambaran baik untuk melihat arah mana rakyat
Cuma siapa yang berjaya menonjolkan calun Ketua Menteri Melaka yang orang Melaka suka itulah yang akan menang,ini keyakinan saya...
Jika umno letak King Rauf sebagai Calun KM maka cepat lah al ruyubi umno bagi saya jika umno tonjolkan seorang calun baru yang baik bersih dan muda belum ada nama buruk umno ada peluang baik
Jika PH tonjolkan CM mereka semasa 22 bulan memerintah juga ada kemungkinan boleh menarik pengundi jika rakyat merasakan dia CM yg bagus...jika tidak PH juga boleh tengelam.