Ibrahim Mat Isa
Mungkin ruang masa terhad untuk Dr Mujahid berbahas secara teliti penemuan semasa usaha pemulihan LTH, mungkin tidak mahu menjatuhkan maruah orang kerana yang lawan berbahas juga dikaitkan dengan penyelewengan LTH.
Sementara mamu Azeez hanya mengulang-ulang TH ni hak Melayu, hak Islam, mesti dipertahankan, kena jaga elok-elok, jangan sampai DAP rembat! Agaknya begitulah maksud mamak Baling itu.
Masa mungkin sempit, aku tak puas dengar penjelasan yang masih di permukaan. RCI yang disebut Azeez seolah-olah mencari helah. Padahal siasatan dalaman dan penemuan mudah diperolehi melalui pengurusan LTH, lagi pun ia tidak rumit kerana kelemahan LTH hanya kerana seleweng, kepala yang besar kepala, dan tidak profesional. Seeloknya kepala tiap GLC tak payah dari orang politik terutama macam Azeez yang sijil pun beli online..