Doktrin sikap ‘ayam dalam reban’ di kalangan ahli UMNO’
Sang Kelembai
Menjadikan UMNO parti yang remaja, bermakna kembali yang cara lama. UMNO tidak perlu keremajaan. UMNO perlu menjadi lidah dan suara bangsa Melayu..
2. Soal prinsip perjuangan berpegang kepada prinsip yang cukup mudah..’bukan untuk kita tetapi untuk dia.. bangsa Melayu’
3. Tetapi yang berlaku amalan prinsip perjuangan pemimpin UMNO ialah ‘ambil apa yang sempat dalam masa kesempatan menjadi pemimpin UMNO’.
4. Rakyat dan penyokong dari mata Pemimpin UMNO khasnya yang berada di UMNO Bahagian di samakan dengan ayam.. Apa sangatlah ayam nak makan. Kita simpan dedak sahaja, bila tiba masanya pemilihan, ditaburkan dedak. Lupalah dia akan sekian lama dia dan akalnya direbankan oleh pemimpin UMNO.
5. Kebanyakan Ahli UMNO macam ayam dalam reban. Di sediakan reban, badan dan kaki bergerak dalam kawasan yang terkurong, hanya mata yang dapat memandang diluar tetapi tidak boleh keluar melihat alam yang lebih luas.
6. Minda dan akalnya sudah terikat dengan doktrin.. tanpa dia.. Ketua UMNO Bahagian dan pemimpin yang lain. Susah nak dapat bantuan nanti. Dia tidak akan peduli hal orang lain.. Kerana berfikiran orang lain dalam keadaan sewaktunya dengannya. Bernaung hidup dengan pemimpin UMNO.
7. Baik ikut sahaja apa kata pemimpin UMNO dari berakibat tidak dapat apa-apa. Kelak kehidupan menjadi susah. Duduk dalam pemikiran saperti ayam dalam reban sudah cukup menyenangkan. Moga akan ada taburan dedak lagi. Atau mencari dedak yang tidak diambil oleh pemimpin UMNO.
8. Inilah yang berlaku bertahun-tahun dalam UMNO. Pemikiran ayam dalam reban terus di semaikan dan diperbanyakan. Di kalangan ahli UMNO tidak bersedia menerima akibat dari tindakan melawan arus. Takut sangat kehidupannya akan terjejas. Soal rezeki di tangan Allah, sudah bertukar ke tangan pemimpin UMNO yang berkuasa.
9. Jika mahu ahli UMNO merdeka jiwa maka benarkan berbeza pendapat yang di lihat sebagai melawan arus. Janganlah terlalu mudah memberikan gelaran berbagai gelaran yang mengejek dan menghina. Itu tidak membawa apa-apa makna dalam satu saf perjuangan yang berprinsip. Sebaliknya berakibat UMNO masih diihat sebagai parti elit, bangsawan dan berperangai feudal.
10. Kembali kiprah perjuangan UMNO yang asli. Tidak bermuka muka macam talam dua muka. Jadikan antara ahli UMNO dan pemimpin macam aur dengan tebing, bantu membantu kekuatan parti. Selalu bertukar pemikiran dan pandangan. Jangan di hina ahli UMNO tidak berjawatan, panggil mereka duduk semeja.
11. Mungkin bagi seorang pengemis yang kotor bajunya.. Mungkin otaknya tidak sekotor mereka yang berdasi yang nilai dasinya mungkin boleh membeli makanan setahun untuknya. Dia hanya seorang pengemis kerana tidak mendapat peluang saperti orang lain. sekurangnya dia tidak merompak, mencuri dan rasuah.
12. Dahulunya kita di nasihatkan oleh orang tua-tua, keluar dari tempurong, jangan jadi macam katak. Tetapi kini katak haram dimakan oleh Melayu Islam tetapi perangai katak di ikut oleh orang Melayu islam tanpa rasa malu, melompat dan kuat berbunyi bising tapi masih di situ.
13. Hari ini orang UMNO dan Orang Melayu keluarlah dari reban. Sekian lama anda di ertikan saperti ayam dalam reban. Di beri dedak dengan berbagai nama branding antaranya BRiM dan BSH dan betukar menjadi ahli UMNO dan orang Melayu yang jiwanya merdeka. Fikirannya berakal. sikap dan tindakan mengikut zaman.
Barulah kita manusia dan bangsa dalam zaman perubahan. Bukan ayam daging menunggu masa untuk di sembelih pemimpin Melayu sendiiri.